ISU SEMASA | DURASI MEMBACA: 8 MINIT

HORMAT TIDAK BERMAKNA IKUT SERTA: MENJAGA AKIDAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Three people at a building entrance

HORMAT TIDAK BERMAKNA IKUT SERTA: MENJAGA AKIDAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK


Pendahuluan

Satu video yang tular di media sosial memaparkan seorang individu beragama Islam yang didakwa menyertai ritual keagamaan bukan Islam. Ramai orang bertanya sama ada tindakan itu salah, atau sekadar tanda hormat kepada agama lain.

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, menyifatkan isu ini amat serius kerana ia menyentuh kesucian akidah. Beliau menuntut pihak berkuasa agama menjalankan siasatan yang segera, menyeluruh dan telus. Beliau berkata, jika dakwaan itu benar dan membabitkan upacara pemujaan, penyembahan atau ritual yang bertentangan dengan tauhid, perbuatan itu jelas bercanggah dengan tuntutan akidah Islam. Dalam nada yang sama, beliau mengingatkan bahawa menghormati agama lain tidak bermaksud seorang Muslim boleh menyertai ritual ibadat agama itu. (Berita Harian - 11 Oktober 2026)

Pada masa yang sama, kenyataan itu juga menetapkan dua batas yang sering dilupakan. Pertama, Islam mengiktiraf kebebasan penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kedua, penentuan hukum ke atas seseorang, termasuk soal murtad, memerlukan penelitian terhadap fakta, niat, pengetahuan dan keadaan sebenar. Ia tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya menerusi media sosial.


Islam Menyuruh Berbuat Baik dan Adil Kepada Bukan Islam yang Aman

Asas pergaulan antara agama ialah birr (iaitu berbuat kebaikan seperti bersikap ramah, berakhlak mulia, dan saling bantu-membantu) serta qist (iaitu bersikap adil dan tidak menzalimi sesiapa tanpa mengira pegangan agama).

ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‡ูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูู‚ูŽุงุชูู„ููˆูƒูู…ู’ ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฎู’ุฑูุฌููˆูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฏููŠูŽุงุฑููƒูู…ู’ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุจูŽุฑูู‘ูˆู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูู‚ู’ุณูุทููˆุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูŠูุญูุจูู‘ ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุณูุทููŠู†ูŽ

Terjemahan: โ€œAllah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.โ€ [Surah al-Mumtahanah, ayat 8]

Imam al-Tabari memahami ayat ini secara umum. Katanya, seperti dinukil dalam nota kaki kitab Zad al-Masir:

ูˆุฃูˆู„ู‰ ุงู„ุฃู‚ูˆุงู„ ููŠ ุฐู„ูƒ ุจุงู„ุตูˆุงุจ ู‚ูˆู„ ู…ู† ู‚ุงู„: ุนู†ูŠ ุจุฐู„ูƒ: ู„ุง ูŠู†ู‡ุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุนู† ุงู„ุฐูŠู† ู„ู… ูŠู‚ุงุชู„ูˆูƒู… ููŠ ุงู„ุฏูŠู†ุŒ ู…ู† ุฌู…ูŠุน ุฃุตู†ุงู ุงู„ู…ู„ู„ ูˆุงู„ุฃุฏูŠุงู† ุฃู† ุชุจุฑูˆู‡ู… ูˆุชุตู„ูˆู‡ู…ุŒ ูˆุชู‚ุณุทูˆุง ุฅู„ูŠู‡ู…ุŒ ู„ุฃู† ุงู„ู„ู‡ ุนู…ู‘ ุจู‚ูˆู„ู‡ ุฌู…ูŠุน ู…ู† ูƒุงู† ุฐู„ูƒ ุตูุชู‡ุŒ ูู„ู… ูŠุฎุตุต ุจู‡ ุจุนุถุง ุฏูˆู† ุจุนุถ

Terjemahan: โ€œPendapat yang paling tepat adalah: Allah tidak melarang kamu daripada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama, dari semua jenis agama dan kepercayaan, untuk kamu berbuat baik kepada mereka, menyambung hubungan dengan mereka dan berlaku adil terhadap mereka. Allah menjadikan firman-Nya umum merangkumi sesiapa yang bersifat demikian, tanpa mengkhususkan sebahagian atas sebahagian yang lain.โ€ [Tafsir al-Tabari, Jilid 12, halaman 63]

Nabi pula mengajar penghormatan kepada nilai kemanusiaan. Diriwayatkan oleh Qays bin Saโ€™d dan Sahl bin Hunayf:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูู‰ูŽู‘ุŒ ๏ทบ ุŒ ู…ูŽุฑูŽู‘ุชู’ ุจูู‡ู ุฌูู†ูŽุงุฒูŽุฉูŒุŒ ููŽู‚ูŽุงู…ูŽุŒ ููŽู‚ููŠู„ูŽ: ุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุฌูู†ูŽุงุฒูŽุฉู ูŠูŽู‡ููˆุฏูู‰ูู‘ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: (ุฃูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽุชู’ ู†ูŽูู’ุณู‹ุง)

Terjemahan: โ€œSesungguhnya Nabi SAW dilalui jenazah lalu baginda berdiri. Dikatakan kepada baginda, โ€˜Ia jenazah seorang Yahudi.โ€™ Baginda bersabda, โ€˜Bukankah ia juga satu jiwa?โ€™โ€ [Sahih Muslim, no 960]

Catatan ilmiah: Pada halaman yang sama, al-Tahawi berpendapat perbuatan berdiri itu telah dimansukhkan. Hukum berdiri untuk jenazah ialah perbincangan fiqh yang lain. Hadis ini dibawa di sini hanya untuk menunjukkan nilai kemanusiaan dalam sabda baginda, bukan untuk menetapkan hukum berdiri.

Ringkasnya, Islam mewajibkan kita berbuat baik kepada jiran, rakan sekerja, dan warga bukan Islam yang hidup aman bersama kita. Dalam konteks tempatan, amalan seperti menghadiri perkahwinan jiran berbilang bangsa, menziarahi orang sakit, atau menyertai majlis kejiranan dan perkhemahan komuniti adalah digalakkan selagi tidak melibatkan unsur ibadat keagamaan. Toleransi serta keharmonian sosial ini tidak boleh dipertikaikan.


Tetapi Toleransi Ada Sempadan Akidah

Dari sudut Maqasid Syariah, pendekatan ini mencerminkan keseimbangan antara Hifz al-Din (Memelihara Agama) dan Hifz al-Ummah / Hifz al-Nizam al-Ijtimaโ€˜i (Memelihara Keharmonian dan Ketenteraman Sosial). Kebaikan dan keadilan yang dianjurkan Islam bertujuan memelihara ikatan kemasyarakatan dalam negara majmuk, tanpa menjejaskan keutamaan tertinggi iaitu memelihara kesucian akidah umat Islam.

Surah al-Kafirun menetapkan prinsip pemisahan ibadah dengan jelas:

ู„ูŽุง ุฃูŽุนู’ุจูุฏู ู…ูŽุง ุชูŽุนู’ุจูุฏููˆู†ูŽุŒ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฏููŠู†ููƒูู…ู’ ูˆูŽู„ููŠูŽ ุฏููŠู†ู

Terjemahan: โ€œAku tidak menyembah apa yang kamu sembah. ... Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku.โ€ [Surah al-Kafirun, ayat 2 dan 6]

Ayat ini sering disalahfahami seolah-olah menyuruh kita hadir dan โ€œmenumpangโ€ dalam upacara agama lain. Maknanya sebaliknya. Setiap pihak mengamalkan agamanya sendiri tanpa mencampur-adukkan ritualnya. Firman Allah:

ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุจู’ุชูŽุบู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ู ุฏููŠู†ู‹ุง ููŽู„ูŽู†ู’ ูŠูู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุณูุฑููŠู†ูŽ

Terjemahan: โ€œSesiapa mencari agama selain Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.โ€ [Surah Ali โ€˜Imran, ayat 85]


Dalil Larangan Menyertai Perayaan dan Ritual Agama Lain

a) Tafsiran ulama salaf terhadap sifat โ€œhamba Allah yang sebenarโ€

Allah menyifatkan hamba-Nya yang terpuji:

ูˆูŽุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏููˆู†ูŽ ุงู„ุฒูู‘ูˆุฑูŽ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุฑูู‘ูˆุง ุจูุงู„ู„ูŽู‘ุบู’ูˆู ู…ูŽุฑูู‘ูˆุง ูƒูุฑูŽุงู…ู‹ุง

Terjemahan: โ€œDan orang-orang yang tidak menyaksikan (menghadiri) al-zur, dan apabila mereka melalui perkara sia-sia, mereka melaluinya dengan memelihara kehormatan diri.โ€ [Surah al-Furqan, ayat 72]

Ibn Taymiyyah menghimpunkan tafsiran generasi awal Islam bagi al-zur dalam ayat ini:

ูุฑูˆู‰ ุฃุจูˆ ุจูƒุฑ ุงู„ุฎู„ุงู„ ููŠ "ุงู„ุฌุงู…ุน" ุจุฅุณู†ุงุฏู‡ ุนู† ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุณูŠุฑูŠู† ููŠ ู‚ูˆู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰: ๏ดฟูˆูŽุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏููˆู†ูŽ ุงู„ุฒูู‘ูˆุฑูŽ๏ดพ ู‚ุงู„: โ€œ ู‡ูˆ ุงู„ุดุนุงู†ูŠู† โ€œ

Terjemahan: โ€œAbu Bakr al-Khallal meriwayatkan dalam al-Jamiโ€™ dengan sanadnya daripada Muhammad bin Sirin mengenai firman Allah โ€˜dan orang-orang yang tidak menyaksikan al-zurโ€™. Beliau berkata, โ€˜Ia ialah al-Syaโ€™anin.โ€™โ€ (al-Syaโ€™anin ialah perayaan Ahad Palma orang Nasrani) [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafat Ashab al-Jahim, jld. 1, hlm. 479]

Kemudian pada halaman berikutnya:

ูˆูƒุฐู„ูƒ ุฐูƒุฑ ุนู† ู…ุฌุงู‡ุฏ ู‚ุงู„: โ€œ ู‡ูˆ ุฃุนูŠุงุฏ ุงู„ู…ุดุฑูƒูŠู† โ€œ ูˆูƒุฐู„ูƒ ุนู† ุงู„ุฑุจูŠุน ุจู† ุฃู†ุณ ู‚ุงู„: ุฃุนูŠุงุฏ ุงู„ู…ุดุฑูƒูŠู†

Terjemahan: โ€œBegitu juga diriwayatkan daripada Mujahid, katanya, โ€˜Ia ialah perayaan-perayaan kaum musyrikin.โ€™ Demikian juga daripada al-Rabiโ€™ bin Anas, katanya, โ€˜Perayaan-perayaan kaum musyrikin.โ€™โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 480]

Ibn Taymiyyah turut menukil tafsiran โ€˜Amr bin Murrah:

๏ดฟู„ูŽุง ูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏููˆู†ูŽ ุงู„ุฒูู‘ูˆุฑูŽ๏ดพ โ€œ ู„ุง ูŠู…ุงู„ุฆูˆู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุดุฑูƒ ุนู„ู‰ ุดุฑูƒู‡ู… ูˆู„ุง ูŠุฎุงู„ุทูˆู†ู‡ู… โ€œ

Terjemahan: โ€œโ€˜Mereka tidak menyaksikan al-zurโ€™ bermaksud mereka tidak bersekongkol dengan ahli syirik dalam kesyirikan mereka dan tidak bercampur gaul dengan mereka (dalam urusan itu).โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 481]

Terjemahan frasa โ€œtidak bercampur gaulโ€ mesti dibaca dalam konteks, iaitu dalam urusan syirik tadi. Ia tidak boleh dijadikan alasan memutuskan hubungan kemasyarakatan, kerana Surah al-Mumtahanah, ayat 8 di atas jelas menyuruh berbuat baik. Pada halaman yang sama, Ibn Taymiyyah menjelaskan bahawa perbezaan tafsiran salaf (syirik, perayaan, nyanyian dan sebagainya) bukan percanggahan, kerana mereka menyebut beberapa contoh bagi satu jenis yang sama.

b) Athar Amirul Mukminin Umar

ู„ุง ุชุนู„ู…ูˆุง ุฑุทุงู†ุฉ ุงู„ุฃุนุงุฌู…ุŒ ูˆู„ุง ุชุฏุฎู„ูˆุง ุนู„ูŠู‡ู… ููŠ ูƒู†ุงุฆุณู‡ู… ูŠูˆู… ุนูŠุฏู‡ู…ุŒ ูุฅู† ุงู„ุณุฎุทุฉ ุชู†ุฒู„ ุนู„ูŠู‡ู…

Terjemahan: โ€œJanganlah kamu mempelajari bahasa orang-orang asing, dan janganlah kamu masuk menemui mereka di dalam gereja-gereja mereka pada hari raya mereka, kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah) turun ke atas mereka.โ€ [Diriwayatkan oleh โ€˜Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra]

c) Hadis tentang nazar dan tempat perayaan jahiliah

Ibn Taymiyyah menghuraikan hadis seorang yang bernazar menyembelih di suatu tempat:

ู‡ู„ ูƒุงู† ุจู‡ุง ูˆุซู† ู…ู† ุฃูˆุซุงู† ุงู„ุฌุงู‡ู„ูŠุฉ ูŠุนุจุฏุŸ ู‚ุงู„: ู„ุงุŒ ู‚ุงู„: โ€œ ูู‡ู„ ูƒุงู† ููŠู‡ุง ุนูŠุฏ ู…ู† ุฃุนูŠุงุฏู‡ู…ุŸ โ€œ ู‚ุงู„: ู„ุงุŒ ู‚ุงู„: โ€œ ุฃูˆู ุจู†ุฐุฑูƒ โ€œ ุซู… ู‚ุงู„: โ€œ ู„ุง ูˆูุงุก ู„ู†ุฐุฑ ููŠ ู…ุนุตูŠุฉ ุงู„ู„ู‡

Terjemahan: โ€œ(Baginda bertanya), โ€˜Adakah di situ terdapat berhala daripada berhala-berhala jahiliah yang disembah?โ€™ Dijawab, โ€˜Tidak.โ€™ Baginda bertanya lagi, โ€˜Adakah di situ terdapat perayaan daripada perayaan mereka?โ€™ Dijawab, โ€˜Tidak.โ€™ Baginda bersabda, โ€˜Tunaikanlah nazarmu.โ€™ Kemudian baginda bersabda, โ€˜Tiada penunaian nazar dalam perkara maksiat kepada Allah.โ€™โ€ [Sunan Abi Dawud, Kitab al-Aiman wa al-Nudhur, hadis no. 3313]

Ibn Taymiyyah membuat kesimpulan dengan hujah qiyas awla, iaitu apabila perkara kecil dilarang, perkara yang lebih besar lebih patut dilarang:

ูˆุฅุฐุง ูƒุงู† ุงู„ุฐุจุญ ุจู…ูƒุงู† ุนูŠุฏู‡ู… ู…ู†ู‡ูŠุง ุนู†ู‡ุŒ ููƒูŠู ุงู„ู…ูˆุงูู‚ุฉ ููŠ ู†ูุณ ุงู„ุนูŠุฏ ุจูุนู„ ุจุนุถ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุงู„ุชูŠ ุชุนู…ู„ ุจุณุจุจ ุนูŠุฏู‡ู…ุŸ

Terjemahan: โ€œJika menyembelih di tempat perayaan mereka pun dilarang, maka bagaimana pula dengan mengikut serta dalam perayaan itu sendiri dengan melakukan sebahagian amalan yang dilakukan kerana perayaan mereka?โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 496]

Beliau juga mentakrifkan apa itu โ€œhari rayaโ€:

ุฃู† ุงู„ุนูŠุฏ ุงุณู… ู„ู…ุง ูŠุนูˆุฏ ู…ู† ุงู„ุงุฌุชู…ุงุน ุงู„ุนุงู… ุนู„ู‰ ูˆุฌู‡ ู…ุนุชุงุฏุŒ ุนุงุฆุฏ: ุฅู…ุง ุจุนูˆุฏ ุงู„ุณู†ุฉุŒ ุฃูˆ ุจุนูˆุฏ ุงู„ุฃุณุจูˆุนุŒ ุฃูˆ ุงู„ุดู‡ุฑุŒ ุฃูˆ ู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ

Terjemahan: โ€œBahawa โ€˜id ialah nama bagi perhimpunan umum yang berulang secara tetap, sama ada berulang dengan kitaran tahun, minggu, bulan atau seumpamanya.โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 496]


Hadis Tentang Menyerupai Kaum Lain

ุนู† ุงุจู† ุนู…ุฑ ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ๏ทบ: ยซู…ู† ุชุดุจู‡ ุจู‚ูˆู… ูู‡ูˆ ู…ู†ู‡ู…ยป

Terjemahan: โ€œDaripada Ibn โ€˜Umar, beliau berkata: Rasulullah bersabda, โ€˜Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.โ€™โ€ [Sunan Abi Dawud, hadis no. 4031]

Hadis ini bukan larangan โ€œmemakai pakaian yang samaโ€ secara mutlak. Ibnu Taymiyyah sendiri membezakan perkara yang menjadi syiar agama mereka daripada perkara biasa yang bukan syiar. Beliau menulis:

ุจุฎู„ุงู ู…ุง ู„ู… ูŠูƒู† ู…ู† ุฎุตุงุฆุต ุฏูŠู†ู‡ู…ุŒ ูˆู„ุง ุดุนุงุฑุง ู„ู‡ ู…ุซู„ ู†ุฒุน ุงู„ู†ุนู„ูŠู† ููŠ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูุฅู†ู‡ ุฌุงุฆุฒุŒ ูƒู…ุง ุฃู† ู„ุจุณู‡ู…ุง ุฌุงุฆุฒ

Terjemahan: โ€œBerbeza dengan perkara yang bukan daripada kekhususan agama mereka dan bukan syiarnya, seperti menanggalkan kasut ketika solat, ia harus, sebagaimana memakainya juga harus.โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 479]

Garis pemisahnya jelas. Yang dilarang ialah ritual dan syiar agama mereka. Adat dan kebiasaan harian yang tiada sifat keagamaan tidak termasuk dalam larangan ini. Tambahan, beliau juga turut menyebutkan hikmah kepada larangan ini:

ุฃู† ุงู„ู…ุดุงุจู‡ุฉ ููŠ ุงู„ุธุงู‡ุฑ ุชูˆุฑุซ ู†ูˆุน ู…ูˆุฏุฉ ูˆู…ุญุจุฉ ูˆู…ูˆุงู„ุงุฉ ููŠ ุงู„ุจุงุทู†ุŒ ูƒู…ุง ุฃู† ุงู„ู…ุญุจุฉ ููŠ ุงู„ุจุงุทู† ุชูˆุฑุซ ุงู„ู…ุดุงุจู‡ุฉ ููŠ ุงู„ุธุงู‡ุฑ

Terjemahan: โ€œBahawa keserupaan yang zahir mewariskan sejenis kemesraan, kasih dan keberpihakan dalam batin, sebagaimana kasih dalam batin mewariskan keserupaan pada zahir.โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 549]

Beliau menyambung pada halaman berikutnya:

ูุฅุฐุง ูƒุงู†ุช ุงู„ู…ุดุงุจู‡ุฉ ููŠ ุฃู…ูˆุฑ ุฏู†ูŠูˆูŠุฉุŒ ุชูˆุฑุซ ุงู„ู…ุญุจุฉ ูˆุงู„ู…ูˆุงู„ุงุฉ ู„ู‡ู…ุ› ููƒูŠู ุจุงู„ู…ุดุงุจู‡ุฉ ููŠ ุฃู…ูˆุฑ ุฏูŠู†ูŠุฉุŸ ูุฅู† ุฅูุถุงุกู‡ุง ุฅู„ู‰ ู†ูˆุน ู…ู† ุงู„ู…ูˆุงู„ุงุฉ ุฃูƒุซุฑ ูˆุฃุดุฏ

Terjemahan: โ€œJika keserupaan dalam urusan dunia pun mewariskan kasih dan keberpihakan kepada mereka, maka bagaimana pula keserupaan dalam urusan agama? Sesungguhnya ia membawa kepada sejenis keberpihakan yang lebih banyak dan lebih kuat.โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 1, hlm. 550]

Penjelasan: Dalam konteks perbincangan ini, istilah muwalah merujuk kepada kesetiaan atau keberpihakan dari sudut akidah (iaitu membenarkan atau mengiktiraf iktikad keagamaan lain), bukannya amalan berbuat baik dan berakhlak mulia dalam hubungan sesama manusia. Oleh itu, perintah berbuat baik kepada warga yang aman (Surah al-Mumtahanah 60:8) dan larangan menyertai ritual keagamaan tidak bercanggah sama sekali.


Bagaimana dengan Hari-Hari Perayaan Mereka Secara Umum?

Ibnu Taymiyyah menyebut bahawa seorang Muslim tidak dibebani menyelidiki perayaan agama lain, namun begitu menurut beliau ianya tertakluk kepada kaedah dan disiplin:

ุฃุนูŠุงุฏ ุงู„ูƒูุงุฑ ูƒุซูŠุฑุฉ ู…ุฎุชู„ูุฉุŒ ูˆู„ูŠุณ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุณู„ู… ุฃู† ูŠุจุญุซ ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆู„ุง ูŠุนุฑูู‡ุง

Terjemahan: โ€œPerayaan-perayaan orang kafir banyak dan berbeza-beza, dan seorang Muslim tidak perlu mencari-cari dan mengenalinya.โ€

ูˆุงู„ุถุงุจุท: ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุญุฏุซ ููŠู‡ ุฃู…ุฑ ุฃุตู„ุงุŒ ุจู„ ูŠุฌุนู„ ูŠูˆู…ุง ูƒุณุงุฆุฑ ุงู„ุฃูŠุงู…

Terjemahan: โ€œKaedahnya: tidak diada-adakan apa-apa perkara pada hari itu sama sekali, bahkan ia dijadikan hari seperti hari-hari yang lain.โ€ [Rujukan: Ibn Taymiyyah, Iqtidaโ€™ al-Sirat al-Mustaqim, jld. 2, hlm. 9 dan 11]


Apabila Perbuatan Itu Sudah Menjadi Ibadat Agama Lain

Ulama mazhab Syafiโ€™i memasukkan sebahagian perbuatan ke dalam kategori riddah (murtad) jika ia merupakan ritual agama lain. Syeikh al-Dimyati menulis dalam Iโ€™anat al-Talibin:

ูˆุญุงุตู„ ุงู„ูƒู„ุงู… ุนู„ู‰ ุฃู†ูˆุงุน ุงู„ุฑุฏุฉ ุฃู†ู‡ุง ุชู†ุญุตุฑ ููŠ ุซู„ุงุซุฉ ุฃู‚ุณุงู…: ุงุนุชู‚ุงุฏุงุช ูˆุฃูุนุงู„ ูˆุฃู‚ูˆุงู„ ... ูˆู…ู† ุงู„ุซุงู†ูŠ ุงู„ุณุฌูˆุฏ ู„ุตู†ู… ุฃูˆ ู„ุดู…ุณ ุฃูˆ ู…ุฎู„ูˆู‚ ุขุฎุฑ

Terjemahan: โ€œRingkasan perbincangan jenis-jenis riddah ialah ia terbahagi kepada tiga: iktikad, perbuatan dan perkataan ... Dan daripada jenis kedua (perbuatan) ialah sujud kepada berhala, matahari atau makhluk lain.โ€ [Rujukan: al-Bakri al-Dimyati, Iโ€™anat al-Talibin โ€˜ala Hall Alfaz Fath al-Muโ€™in, jld. 4, hlm. 149 (Bab fi al-Riddah)]

Namun penulis yang sama menekankan kewajipan mendidik orang awam, bukan terus menghukum:

ูˆุงุนู„ู…: ุฃู†ู‡ ูŠุฌุฑูŠ ุนู„ู‰ ุฃู„ุณู†ุฉ ุงู„ุนุงู…ุฉ ุฌู…ู„ุฉ ู…ู† ุฃู†ูˆุงุน ุงู„ูƒูุฑ ู…ู† ุบูŠุฑ ุฃู† ูŠุนู„ู…ูˆุง ุฃู†ู‡ุง ูƒุฐู„ูƒ ููŠุฌุจ ุนู„ู‰ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ุฃู† ูŠุจูŠู†ูˆุง ู„ู‡ู… ุฐู„ูƒ ู„ุนู„ู‡ู… ูŠุฌุชู†ุจูˆู†ู‡ ุฅุฐุง ุนู„ู…ูˆู‡

Terjemahan: โ€œKetahuilah bahawa pada lisan orang awam berlaku beberapa jenis kekufuran tanpa mereka mengetahui ia sedemikian. Maka wajib atas ahli ilmu menerangkan hal itu kepada mereka agar mereka menjauhinya apabila mengetahuinya.โ€ [Rujukan: al-Dimyati, Iโ€™anat al-Talibin, jld. 4, hlm. 149]

Beberapa pengajaran boleh diambil daripada petikan ini:

  1. Perbuatan ibadah yang khusus kepada agama lain ialah perkara besar dalam syariat, bukan isu remeh.
  2. Hukum ke atas individu tertentu (murtad atau tidak) bergantung kepada banyak faktor yang dibincangkan ulama dan perlu dinilai oleh pihak yang berautoriti. Antaranya niat, pengetahuan, paksaan dan hakikat perbuatan. Dalam petikan yang sama, al-Dimyati menyebut beberapa kes bergantung pada tujuan (qasd) pelaku.
  3. Tanggungjawab ulama dan pendakwah ialah menerangkan dengan hikmah, bukan menghukum secara tergesa-gesa.

Panduan Praktikal Untuk Masyarakat

Sebagai pandangan penulis berdasarkan dalil di atas dan bukan fatwa rasmi:
Panduan ini dipandu oleh kerangka Maqasid Syariah bagi memastikan keutamaan memelihara agama (Hifz al-Din) dilaksanakan seiring dengan pemeliharaan kedamaian awam (Hifz al-Ummah):
Bagi mengekalkan keharmonian nasional dan kedamaian masyarakat majmuk di Malaysia, berikut adalah panduan praktikal berteraskan dalil di atas:

  1. Berbuat baik kepada jiran dan rakan bukan Islam ialah tuntutan syariat berdasarkan al-Mumtahanah, ayat 8. Bantu mereka, jaga adab, dan berlaku adil dalam urusan harian.
  2. Jangan melakukan ibadat, upacara atau ritual agama lain, terutamanya yang melibatkan pemujaan atau penyembahan, atau yang bertentangan dengan prinsip tauhid. Menghormati agama lain tidak bermaksud seorang Muslim boleh menyertai ritual ibadat agama itu, sebagaimana ditegaskan Mufti Pulau Pinang.
  3. Kunjungan ke majlis sosial tempatan seperti Rumah Terbuka perayaan atau majlis perkahwinan adalah digalakkan untuk memupuk perpaduan nasional, selagi mana ia bertujuan memenuhi jemputan masyarakat dan tidak disertai dengan acara ritual keagamaan khusus.
  4. Jangan menjatuhkan hukum kafir atau murtad ke atas mana-mana individu di media sosial. Penentuan itu memerlukan penelitian terhadap fakta, niat, pengetahuan dan keadaan sebenar oleh pihak berwibawa. Biarkan siasatan berjalan secara telus.
  5. Jangan menghina, mendedahkan identiti atau mengancam mana-mana pihak, Muslim atau bukan Muslim, kerana ini bercanggah dengan perintah birr dan qist.
  6. Berwaspada terhadap kursus, program atau amalan โ€œkerohanianโ€ yang mencampuradukkan unsur pelbagai agama. Rujuk jabatan agama atau ulama yang berwibawa sebelum menyertainya.
  7. Pendidikan akidah perlu diperkukuh dalam keluarga dan institusi, sebagaimana peringatan al-Dimyati tentang kewajipan ahli ilmu.

Penutup

Islam tidak mengajar kita memilih antara โ€œbaik tetapi tiada pendirianโ€ dan โ€œtegas tetapi kasarโ€. Ia mengajar kedua-duanya serentak. Kita berbuat baik dan adil kepada semua, dan dalam masa yang sama menjaga garis ibadat dan akidah kita. Siasatan yang segera, menyeluruh dan telus, serta pendidikan akidah yang berterusan, ialah cara terbaik menjaga akidah tanpa mengorbankan keadilan. Toleransi sebenar ialah menghormati hak orang lain beribadat dengan cara mereka dan mengekalkan kemurnian ibadat kita. Dengan saling memahami sempadan ini, masyarakat majmuk kita dapat memperkukuh semangat keharmonian nasional dan hidup aman bersatu padu.

Scroll to Top