ISU SEMASA | DURASI MEMBACA: 8 MINIT

RAGU SEMBELIHAN AYAM ITU HALAL ATAU TIDAK

Empty Malaysian Poultry Market

Ragu Sembelihan Ayam Itu Halal Atau Tidak?

Panduan Fiqh Untuk Muslim


Apabila anda meragui tentang cara ayam disembelih, maka anda tidak perlu panik dan tidak pula terus mengabaikannya. Berpeganglah pada yang jelas dan tinggalkan yang benar-benar meragukan bagi memelihara agama dan kesucian diri.

Video tular yang didakwa memaparkan penyembelihan ayam yang meragukan di sekitar Pasar Pudu telah menimbulkan kebimbangan ramai pembeli. Fakta video itu masih perlu disahkan oleh pihak berkuasa, dan artikel ini tidak menjatuhkan hukum ke atas mana-mana individu atau premis. Tindakan tidak menyebarkan khabar angin tanpa usul periksa (tabayyun) amat penting demi menjaga ketenteraman awam dan memelihara akal daripada kecelaruan fitnah (Hifz al-Aql). Artikel ini menjawab satu soalan utama: apakah yang patut dilakukan oleh seorang Muslim apabila dia ragu tentang kehalalan prosedur sembelihan?

Ringkasan awal hukum:

  1. Jika yang diragui hanyalah sama ada nama Allah disebut, sebutlah bismillah sendiri lalu makanlah, selagi penyembelihnya layak.
  2. Jika yang diragui ialah kelayakan penyembelih atau kesempurnaan potongan, dan keraguan itu berasas, daging itu tidak boleh dianggap halal.
  3. Jika keraguan itu hanya sangkaan tanpa sebarang petunjuk yang pasti, jangan dijadikan asas pengharaman.
  4. Jika sumber bekalan tidak jelas dan anda mampu memilih sumber lain, memilih yang jelas halal ialah sikap wara' yang dituntut.

Pertama: Apa Yang Menjadikan Sembelihan Sah

Keraguan hanya boleh dinilai jika kita tahu syarat sahnya. Allah Ta'ala berfirman:

ุญูุฑูู‘ู…ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุฏูŽู‘ู…ู ูˆูŽู„ูŽุญู’ู…ู ุงู„ู’ุฎูู†ู’ุฒููŠุฑู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูู‡ูู„ูŽู‘ ู„ูุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู†ู’ุฎูŽู†ูู‚ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‚ููˆุฐูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽุฑูŽุฏูู‘ูŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุทููŠุญูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽูƒูŽู„ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ุจูุนู ุฅูู„ูŽู‘ุง ู…ูŽุง ุฐูŽูƒูŽู‘ูŠู’ุชูู…ู’

Makna ayat: โ€œDiharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih.โ€ (Surah al-Ma'idah, ayat 3)

Al-Khatib al-Syirbini menerangkan kesannya dalam mazhab Syafi'i:

ููŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽูˆูŽุงู†ู ุงู„ู’ู…ูŽุฃู’ูƒููˆู„ู ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุฐูŽูƒูŽุงุฉู ุดูŽุฑู’ุนููŠูŽู‘ุฉู

Terjemahan: โ€œTidak halal sesuatu pun daripada haiwan yang boleh dimakan tanpa sembelihan yang menepati syarak.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj oleh Al-Khatib al-Syirbini, jil. 6, hlm. 94)

Sembelihan yang sah pula dihuraikan seperti berikut:

ูˆูŽุฐูŽูƒูŽุงุฉู ูƒูู„ูู‘ ุญูŽูŠูŽูˆูŽุงู†ู ู‚ูุฏูุฑูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูู‚ูŽุทู’ุนู ูƒูู„ูู‘ ุงู„ู’ุญูู„ู’ู‚ููˆู…ูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูŽุฎู’ุฑูŽุฌู ุงู„ู†ูŽู‘ููŽุณู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑููŠุกู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู…ูŽุฌู’ุฑูŽู‰ ุงู„ุทูŽู‘ุนูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจูู‘ ู‚ูŽุทู’ุนู ุงู„ู’ูˆูŽุฏูŽุฌูŽูŠู’ู†ู

Terjemahan: โ€œSembelihan haiwan yang dapat dikuasai berlaku dengan memutuskan seluruh halqum, iaitu saluran nafas, dan seluruh mari', iaitu saluran makanan. Disunatkan memutuskan dua urat leher (wadajain).โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 103)

Syarahnya menegaskan bahawa kekurangan walau sedikit pada potongan akan membatalkan sembelihan:

ุนูŽู…ูŽู‘ุง ู„ูŽูˆู’ ุจูŽู‚ููŠูŽ ุดูŽูŠู’ุกูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุณููŠุฑู‹ุง ููŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ูู‘

Terjemahan: โ€œJika masih tinggal sedikit daripada salah satu saluran itu, walau sedikit, maka haiwan itu tidak halal.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 103)

Ini bermakna ayam yang dibunuh dengan dipulas leher, dicekik atau dipenggal tanpa memutuskan kedua-dua saluran itu secara sempurna bukanlah sembelihan yang sah.


Kedua: Ragu Sama Ada Nama Allah Disebut

Inilah keraguan yang paling kerap berlaku, dan hadis 'Aisyah radhiyallahu 'anha memberi jawapan yang jelas:

ุฅูู†ูŽู‘ ู‚ูŽูˆู’ู…ู‹ุง ูŠูŽุฃู’ุชููˆู†ูŽู†ูŽุง ุจูุงู„ู„ูŽู‘ุญู’ู…ูุŒ ู„ูŽุง ู†ูŽุฏู’ุฑููŠ: ุฃูŽุฐููƒูุฑูŽ ุงุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽู…ู’ ู„ูŽุงุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูู‘ูˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ูˆูŽูƒูู„ููˆู‡ู. ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ูˆูŽูƒูŽุงู†ููˆุง ุญูŽุฏููŠุซููŠ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุจูุงู„ู’ูƒููู’ุฑู

Terjemahan: โ€œSesungguhnya ada satu kaum membawa daging kepada kami, dan kami tidak tahu sama ada nama Allah disebut ke atasnya atau tidak. Baginda bersabda: Sebutlah nama Allah ke atasnya oleh kamu, kemudian makanlah. 'Aisyah berkata: Mereka itu baru sahaja keluar daripada kekufuran.โ€ (Sahih al-Bukhari, no. 5188)

Dalam mazhab Syafi'i, hadis ini menjadi dalil bahawa membaca bismillah semasa menyembelih tidak wajib:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌูุจูุŒ ููŽู„ูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽูƒูŽู‡ูŽุง ุนูŽู…ู’ุฏู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ุณูŽู‡ู’ูˆู‹ุง ุญูŽู„ูŽู‘

Terjemahan: โ€œIa (tasmiyah) tidak wajib. Maka jika penyembelih meninggalkannya dengan sengaja atau terlupa, sembelihannya halal.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 105)

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุงุฌูุจู‹ุง ู„ูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฌูŽุงุฒูŽ ุงู„ู’ุฃูŽูƒู’ู„ูŽ ู…ูŽุนูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูƒูู‘

Terjemahan: โ€œSeandainya ia wajib, baginda pasti tidak akan membenarkan memakannya dalam keadaan syak.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 106)

Kitab yang sama menyebut bahawa Abu Hanifah berpendapat sebaliknya, iaitu sembelihan tidak halal jika tasmiyah ditinggalkan dengan sengaja (hlm. 105). Ini perbezaan pendapat mazhab. Bagi orang awam di Malaysia, pegangan mazhab Syafi'i membolehkan anda menyebut bismillah sendiri lalu makan apabila hanya soal ini yang diragui.

Perhatikan satu syarat penting yang tersirat dalam hadis itu. Mereka yang membawa daging itu orang Islam yang baru memeluk Islam, sebagaimana disebut 'Aisyah. Keringanan ini berkaitan keraguan tentang bacaan basmalah sahaja. Ia bukanlah lesen untuk makan daging yang penyembelihnya tidak layak atau kaedahnya jelas salah.

Adapun firman Allah dalam surah al-An'am:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฃู’ูƒูู„ููˆุง ู…ูู…ูŽู‘ุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูุฐู’ูƒูŽุฑู ุงุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽููุณู’ู‚ูŒ

Terjemahan: โ€œDan janganlah kamu makan daripada apa yang tidak disebut nama Allah ke atasnya, dan sesungguhnya yang demikian itu satu kefasikan.โ€ (Surah al-An'am, ayat 121)

Al-Syarbini (Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 106) menafsirkan bahawa kefasikan di sini ialah sembelihan yang disebut selain Allah. Beliau juga menukilkan daripada Ibn Mas'ud dan Ibn 'Abbas bahawa yang dimaksudkan ialah bangkai.


Ketiga: Ragu Tentang Siapa Penyembelihnya

Keraguan jenis ini lebih berat kerana ia menyentuh syarat sah sembelihan, bukan sekadar sunat-sunat sembelihan. Al-Syarbini menulis:

ูˆูŽุดูŽุฑู’ุทู ุฐูŽุงุจูุญู ... ุญูู„ูู‘ ู…ูู†ูŽุงูƒูŽุญูŽุชูู‡ู ู„ูู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ ุจููƒูŽูˆู’ู†ูู‡ู ู…ูุณู’ู„ูู…ู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ูƒูุชูŽุงุจููŠู‹ู‘ุง

Terjemahan: โ€œSyarat penyembelih ialah halal dikahwini oleh orang Islam, iaitu samada dia seorang Muslim atau Kitabi.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 95)

ูˆูŽุฃูŽู…ูŽู‘ุง ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ูƒูููŽู‘ุงุฑู ูƒูŽุงู„ู’ู…ูŽุฌููˆุณููŠูู‘ ูˆูŽุงู„ู’ูˆูŽุซูŽู†ููŠูู‘ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุชูŽุฏูู‘ ููŽู„ูŽุง ุชูŽุญูู„ูู‘ ุฐูŽุจููŠุญูŽุชูู‡ูู…ู’

Terjemahan: โ€œAdapun orang kafir yang lain seperti Majusi, penyembah berhala dan orang murtad, maka sembelihan mereka tidak halal.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 95)

Oleh itu jika anda mempunyai petunjuk kukuh bahawa penyembelih ayam di sesuatu tempat adalah bukan Muslim ataupun Kitabi, anda tidak boleh menganggap daging itu halal hanya kerana ia dijual di pasar. Sebaliknya jika anda hanya menyangka tanpa bukti, elakkan menuduh. Hubungi pihak berkuasa agama dan biarkan siasatan menentukan.


Keempat: Ragu Sama Ada Potongan Itu Sempurna

Adapun jika anda tidak pasti ayam itu benar-benar disembelih dengan sempurna ataupun tidak, pegang dua perkara ini:

  • Syak pada perkara penting yang menghalalkan (seperti ayam masih hidup ketika disembelih, saluran nafas dan saluran makanan di leher putus sepenuhnya, penyembelih yang layak): maka janganlah menganggapnya halal.
  • Adapun jika risau tanpa sebarang petunjuk yang jelas bahawa ada kesilapan: anggap sembelihan itu sah.

1. Syak pada perkara yang menghalalkan (syak pada syarat sah sembelihan).

Al-Syarbini menulis:

ููŽุฅูู†ู’ ุดูŽูƒูŽูƒู’ู†ูŽุง ูููŠ ุงุณู’ุชูู‚ู’ุฑูŽุงุฑูู‡ูŽุง ุญูŽุฑูู…ูŽ ู„ูู„ุดูŽู‘ูƒูู‘ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูุจููŠุญู ูˆูŽุชูŽุบู’ู„ููŠุจู‹ุง ู„ูู„ุชูŽู‘ุญู’ุฑููŠู…ู

Terjemahan: โ€œJika kita syak tentang kestabilan hayat itu, maka haram, kerana syak pada perkara yang menghalalkan dan untuk mengutamakan pengharaman.โ€ (Rujukan: Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 104)

Petikan ini bercakap tentang syarat sah sembelihan iaitu haiwan mestilah masih hidup ketika mula disembelih. Prinsipnya boleh difahami secara mudah. Daging hanya dikira halal jika syarat sah sembelihan itu yakin atau kuat disangka berlaku dan sah. Jika anda tiada sebarang petunjuk keabsahannya, jangan makan. Antara tanda-tanda haiwan masih hidup ketika disembelih adalah:

ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ูŽุงุฑูŽุงุชูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฑูŽูƒูŽุฉู ุงู„ุดูŽู‘ุฏููŠุฏูŽุฉู ูˆูŽุงู†ู’ููุฌูŽุงุฑู ุงู„ุฏูŽู‘ู…ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ู‚ูŽุทู’ุนู ุงู„ู’ุญูู„ู’ู‚ููˆู…ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑููŠุกู

Terjemahan makna: โ€œAntara tandanya ialah gerakan yang kuat dan darah memancut selepas halqum dan mari' diputuskan.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 102)

2. Risau tanpa sebarang petunjuk yang pasti.

Manakala Syak yang sekadar bersifat sangkaan tidaklah mengharamkan sesuatu:

ู„ูŽูˆู’ ุดูŽูƒูŽู‘ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ู…ูŽูˆู’ุชู ุงู„ุตูŽู‘ูŠู’ุฏู ู‡ูŽู„ู’ ู‚ูŽุตูŽู‘ุฑูŽ ูููŠ ุฐูŽุจู’ุญูู‡ู ุฃูŽู…ู’ ู„ูŽุงุŸ ุญูŽู„ูŽู‘ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุธู’ู‡ูŽุฑูุ› ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ู„ูŽ ุนูŽุฏูŽู…ู ุงู„ุชูŽู‘ู‚ู’ุตููŠุฑู

Terjemahan: โ€œJika seseorang syak selepas haiwan buruan mati sama ada dia cuai ketika menyembelih, maka halal menurut pendapat yang lebih zahir, kerana asalnya ialah tiada kecuaian.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 102)

Cara menilai: jika sembelihan kelihatan sempurna dan dilakukan oleh orang yang layak, maka jangan berprasangka. Jika sebaliknya anda sendiri nampak ayam dicekik, dipulas atau dipotong separuh jalan, atau tidak pasti ia masih hidup dan tiada tanda hidup, janganlah anggap halal dan jauhilah ia.


Kelima: Bila Keraguan Menuntut Sikap Wara'

Rasulullah bersabda dalam hadis al-Nu'man bin Basyir:

ุงู„ู’ุญูŽู„ูŽุงู„ู ุจูŽูŠูู‘ู†ูŒุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฑูŽุงู…ู ุจูŽูŠูู‘ู†ูŒุŒ ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุง ู…ูุดูŽุจูŽู‘ู‡ูŽุงุชูŒ ู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ูู‡ูŽุง ูƒูŽุซููŠุฑูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณูุŒ ููŽู…ูŽู†ู ุงุชูŽู‘ู‚ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุดูŽุจูŽู‘ู‡ูŽุงุชู ุงุณู’ุชูŽุจู’ุฑูŽุฃูŽ ู„ูุฏููŠู†ูู‡ู ูˆูŽุนูุฑู’ุถูู‡ู

Terjemahan: โ€œYang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi syubhah, dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.โ€ (Sahih al-Bukhari, no. 52)

Bagaimana menyelaraskan hadis ini dengan hadis 'Aisyah yang membenarkan makan walaupun ragu? Ibnu Battal menukilkan huraian al-Muhallab:

ูˆู‡ุคู„ุงุก ุงู„ู‚ูˆู… ุฌุงุกูˆุง ู…ุณุชูุชูŠู† ู„ุฃู…ุฑ ู‚ุฏ ูˆู‚ุน ูˆูŠู‚ุน ู…ู† ุบูŠุฑู‡ู…ุŒ ู„ูŠุณ ู„ู‡ู… ููŠู‡ ู‚ุฏุฑุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุฎุฐ ุจุงู„ูƒู…ุงู„ ูู‰ ุจุฏุฆู‡ุŒ ูุนุฑูู‡ู… ๏ทบ ุจุฃุตู„ ู…ุง ุฃุญู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ู…

Terjemahan: โ€œKaum itu datang meminta fatwa tentang perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku daripada orang lain. Mereka tidak mampu mengambil yang paling sempurna sejak awal, maka Nabi memberitahu mereka asal apa yang Allah halalkan untuk mereka.โ€ (Rujukan: Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibnu Battal, jil. 5, hlm. 413)

Beliau membezakannya dengan keadaan pemburu 'Adi bin Hatim, yang ditegah kerana ada syubhah yang patut dijauhi:

ูุฃุฏุฎู„ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุดุจู‡ุฉ ุงู„ุชูŠ ูŠุฌุจ ุงู„ุชู†ุฒู‡ ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆุงู„ุฃุฎุฐ ุจุงู„ุฃูƒู…ู„ ู‚ุจู„ ู…ูˆุงู‚ุนุชู‡ุง

Terjemahan: โ€œMaka baginda memasukkan kepadanya syubhah yang patut dijauhi, dan menyuruhnya mengambil yang paling sempurna sebelum terjerumus ke dalamnya.โ€ (Rujukan: Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibnu Battal, jil. 5, hlm. 413)

Berdasarkan huraian ini: orang yang tidak mampu menyemak (contohnya tetamu yang dihidangkan daging oleh seorang Muslim) boleh berpegang pada asal kehalalan. Manakala orang yang berkuasa memilih dan mampu menyemak, seperti pembeli yang boleh mendapatkan ayam bersijil halal, maka lebih patut mengambil yang lebih selamat. Ini adalah sikap wara' yang menepati prinsip memelihara agama (Hifz al-Din) serta memastikan kelangsungan transaksi kewangan dan perniagaan yang berkat (Hifz al-Mal).

Di Malaysia, aspek keselamatan dan pengesahan ini diperkukuhkan melalui penguatkuasaan Standard Halal Malaysia (MS 1500) di bawah kawalan JAKIM/JAIN, serta pemantauan tahap kesihatan haiwan dan premis sembelihan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).


Keenam: Ihsan dan Kebersihan

Sembelihan yang sah boleh sahaja dilakukan dalam keadaan yang tidak baik, tetapi syarak menuntut lebih daripada sekadar sah. Al-Syarbini menyatakan bahawa sembelihan termasuk dalam makanan yang baik (thayyibat):

ูˆูŽู‚ูŽูˆู’ู„ู‡ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰: ๏ดฟุฃูุญูู„ูŽู‘ ู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ุทูŽู‘ูŠูู‘ุจูŽุงุชู๏ดพ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฐูŽูƒูŽู‘ู‰ ู…ูู†ู’ ุงู„ุทูŽู‘ูŠูู‘ุจูŽุงุชู

Terjemahan: โ€œDan firman-Nya: Dihalalkan bagi kamu yang baik-baik, sedangkan haiwan yang disembelih termasuk dalam yang baik-baik.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 94)

Syaddad bin Aus radhiyallahu 'anhu meriwayatkan:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูƒูŽุชูŽุจูŽ ุงู„ู’ุฅูุญู’ุณูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู. ููŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุชูŽู„ู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ู’ู‚ูุชู’ู„ูŽุฉูŽ. ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฐูŽุจูŽุญู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ุฐูŽู‘ุจู’ุญูŽ. ูˆูŽู„ู’ูŠูุญูุฏูŽู‘ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุดูŽูู’ุฑูŽุชูŽู‡ู. ููŽู„ู’ูŠูุฑูุญู’ ุฐูŽุจููŠุญูŽุชูŽู‡ู

Terjemahan makna: โ€œSesungguhnya Allah mewajibkan ihsan atas setiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, perelokkanlah cara membunuh. Apabila kamu menyembelih, perelokkanlah sembelihan. Hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan menenangkan sembelihannya.โ€ (Sahih Muslim, no. 1955)

Al-Syarbini menambah bahawa menyembelih dari belakang leher berdosa kerana mengandungi penyeksaan:

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุฐูŽุจูŽุญูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‚ูŽููŽุงู‡ู ... ุนูŽุตูŽู‰ ุจูุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ูู…ูŽุง ูููŠู‡ู ู…ูู†ู’ ุงู„ุชูŽู‘ุนู’ุฐููŠุจู

Terjemahan: โ€œJika dia menyembelihnya dari tengkuk, dia berdosa kerana ada penyeksaan padanya.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 103)

Beliau juga menyebut adab yang dimakruhkan:

ูˆูŽูŠููƒู’ุฑูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญูุฏูŽู‘ ุดูŽูู’ุฑูŽุชูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽู‡ููŠู…ูŽุฉู ุชูŽู†ู’ุธูุฑู ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู

Terjemahan: โ€œDimakruhkan menajamkan pisau sedang haiwan melihatnya.โ€ (Rujukan: Mughni al-Muhtaj, jil. 6, hlm. 105)

Begitu juga kebersihan premis, air dan peralatan termasuk dalam tuntutan thayyib. Peniaga yang mengabaikannya boleh ditindak oleh pihak berkuasa kesihatan dan veterinar tanpa menunggu hukum halal atau haram. Penekanan pada keselamatan makanan (food safety) dan kebersihan premis juga merupakan sebahagian daripada kewajipan ihsan. Aspek kebersihan diri penyembelih, kawalan pencemaran silang, pembersihan peralatan serta kawalan suhu merupakan elemen utama dalam menentukan daging tersebut selamat dan tayyib untuk dimakan pengguna. Usaha menjaga kebersihan dan keselamatan makanan ini berkait rapat dengan prinsip menjaga nyawa dan kesihatan (Hifz al-Nafs).


Kesimpulan

Berdasarkan kesemua perbincangan di atas, berikut beberapa panduan jika didatangi keraguan:

  1. Kenal pasti apa yang diragui. Adakah ia bacaan bismillah, atau kelayakan penyembelih, atau kesempurnaan potongan atau kebersihan? Setiap satu mempunyai hukum yang berbeza.
  2. Jika hanya ragu tentang bacaan nama Allah: sebut bismillah lalu makan, selagi penyembelih Muslim atau Kitabi.
  3. Jika anda sendiri melihat atau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa penyembelih bukan Muslim atau Kitabi, atau haiwan tidak disembelih dengan memutuskan halqum dan mari', atau mati sebelum disembelih: jangan makan, kerana sembelihan itu tidak sah dan tidak halal dimakan.
  4. Jika anda tidak pasti tetapi ada alasan munasabah untuk syak, dan anda mampu memilih: tinggalkan, pilih sumber yang jelas seperti ayam bersijil halal sah atau penyembelih Muslim yang dikenali.
  5. Jika keraguan hanya was was tanpa asas, jangan jadikannya sebab mengharamkan makanan yang kelihatan sah.
  6. Tanya dan buat aduan melalui saluran rasmi: hubungi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Portal Rasmi Halal JAKIM untuk aduan kehalalan, serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau PBT untuk isu kebersihan dan kebajikan haiwan. Elakkan membuat andaian sendiri atau menyebarkan video tanpa pengesahan rasmi demi memelihara ketenteraman fikiran dan akal masyarakat (Hifz al-Aql).
  7. Peniaga Muslim: menyembelih adalah ibadah yang ada syarat dan adab. Pastikan penyembelih layak, potongannya sempurna dan premis sentiasa dalam keadaan bersih untuk memastikan hasil jualan dan harta yang diperoleh adalah halal dan berkat (Hifz al-Mal).

Semoga isu ini menjadi peluang untuk kita lebih teliti terhadap apa yang kita makan, tanpa menzalimi sesiapa. Wallahu a'lam.


Glosari Ringkas Istilah Fiqh Sembelihan:

  • Halqum: Saluran pernafasan (trakea) yang wajib diputuskan sepenuhnya.
  • Mari': Saluran makanan dan minuman (esofagus) yang wajib diputuskan sepenuhnya.
  • Wadajain: Dua urat darah utama di leher (urat jugular dan arteri karotid) yang sunat diputuskan bagi mempercepatkan pendarahan dan kematian haiwan.
```
Scroll to Top