SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
LALUAN SYAITAN KE HATI
- Penerbit : Adib
Secara asasnya, kita perlu kembali melihat makna sebenar bagi bakhil yang digariskan menurut pandangan Islam. Adakah benar semua yang bakhil itu merupakan sesuatu yang buruk dalam semua keadaan?
Maksud bakhil dari sudut bahasa ialah seseorang kedekut terhadap apa yang ada padanya, menahan dan enggan memberi. Menurut Imam al-Raghib al-Sarjani makna bakhil dari sudut istilah ialah:
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani pula, pengertian bakhil ialah menahan sesuatu yang diminta daripada apa yang dimiliki, dan yang paling buruk ialah apabila orang yang meminta itu berhak menerimanya.
Jika disimpulkan, bakhil berlaku apabila ada hak yang sepatutnya ditunaikan, namun seseorang menahan tanpa sebab yang dibenarkan syarak, sedangkan dia dalam keadaan yang mampu untuk menunaikannya.
Dalam membezakan antara sikap bakhil dan sikap berjimat, maka perlu dilihat dari sudut kerangka praktikal:
- Adakah sesuatu yang harta yang hendak dikeluarkan itu melibatkan hak wajib (nafkah, zakat, hutang, amanah dsb)? Jika merupakan hak wajib namun tetap menahan diri dari mengeluarkannya, maka itu merupakan sikap bakhil.
- Jika ia melibatkan perkara yang sunat dan pilihan, maka bergantung kepada kemampuan. Jika tidak mempunyai kemampuan dan akan memudaratkan diri atau orang yang ditanggung, maka menahan diri ketika itu tidak termasuk bakhil.
Dari sudut kesan pula:
- Jika keputusan yang dibuat untuk menahan harta itu menyebabkan hak orang terzalimi, maka itu ialah bakhil.
- Jika keputusan itu tidak melibatkan hak orang lain ke atas harta tersebut dizalimi, dan demi menjaga maslahah diri, keluarga dan amanah, maka itu dikira berjimat.
Dalam situasi apa “menahan harta” dibenarkan?
- Menahan demi menunaikan tanggungjawab wajib yang lebih besar. Misalnya, gaji terhad, perlu utamakan nafkah isteri dan anak maka ia tidak melakukan sedekah dan infak yang lain.
- Menahan kerana memberi akan membawa mudarat. Misalnya, ada yang minta bantuan pinjaman kewangan namun pinjaman tersebut bertujuan maksiat, maka menahan harta disini ialah tanggungjawab mencegah yang mungkar.
- Menahan untuk mendidik, bukan memutus bantuan. Misalnya, ahli keluarga mampu bekerja tapi malas, maka diberikan bantuan secara bersyarat, tidak beri bulat-bulat seperti yang diminta.
Rasa takut miskin ialah naluri manusia. Islam tidak menafikannya, tetapi mendidiknya supaya ketakutan itu tidak mengawal keputusan hidup, tidak merosakkan iman, dan tidak membawa kepada bakhil, penindasan atau kebergantungan mutlak kepada harta.
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak hidup tanpa risiko kewangan, bahkan sebahagian besar hidup dalam keadaan serba kekurangan, namun mereka bebas daripada ketakutan miskin yang melumpuhkan jiwa.
Terdapat satu peringatan dan motivasi daripada Nabi SAW yang menghilangkan kerisauan para sahabat dan kita semua dalam mengeluarkan harta pada jalan kebaikan:
Daripada hadis ini kita belajar bahawa sedekah tidak menjadi sebab berkurangnya harta, bahkan menambahnya berkali ganda daripada apa yang dikeluarkan.
Bahkan, terdapat dalam satu hadis Nabi SAW peringatan tentang tawakal soal rezeki. Sabda Nabi SAW:
Tawakal bermaksud keyakinan (thiqah) kepada Allah dan kepastian bahawa ketetapan-Nya telah berlaku, serta mengikuti sunnah Nabi-Nya SAW dalam berusaha terhadap hal-hal yang memang harus diusahakan melalui sebab-sebabnya.
Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menangkis takut miskin dengan:
- Aqidah yang betul tentang rezeki.
- Tawakal yang benar dan jujur (tidak statik usaha, bergantung sepenuhnya kepada Allah).
- Menunaikan hak walau sempit.
- Hidup sederhana dan bermaruah. Kekayaan tidak menjadikan para sahabat mengejar sesuatu yang membebankan jiwa dan menjatuhkan mereka pada kezaliman.
Pertama, Islam menolak relativisme moral yang dipegang oleh golongan sofis yang mendakwa kebenaran boleh berubah-ubah mengikut kepentingan peribadi. Dalam Islam, kebenaran adalah bersifat objektif, tetap (istiqamah), dan lurus (mustaqim). Penentuan baik dan buruk bukanlah hak mutlak akal manusia atau pendapat individu semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai berdasarkan neraca Quran dan Sunnah. Oleh itu, seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan alasan "beza pendapat" untuk membenarkan perbuatan yang jelas salah di sisi agama.
Kedua, interaksi yang baik dalam Islam menuntut kejujuran dan bukannya manipulasi retorik semata-mata untuk menang berhujah. Golongan sofis sering menggunakan teknik Dissoi Logoi, iaitu memutarbelitkan nilai di mana kekurangan dianggap kelebihan dan kejahatan dianggap kewajaran demi kepentingan ego atau kuasa.
Ketiga, tindakan yang betul memerlukan kita menjauhi manipulasi istilah atau naratif yang mengelirukan. Golongan sofis gemar menukar nama sesuatu yang haram atau salah kepada nama yang lunak didengar untuk menghalalkannya.
Kelima, Islam memberi amaran keras terhadap golongan yang menjadikan kepetahan lidah sebagai alat untuk membolot hak orang lain atau menegakkan kebatilan. Rasulullah SAW menegaskan bahawa:
Akhir sekali, sebagai jalan keluar, Islam menganjurkan kita meninggalkan perdebatan yang sia-sia demi menjaga kesucian agama dan akhlak.
Pertama, Islam menasihati kita bahawa martabat dan keperibadian seseorang itu dinilai melalui cara mereka berhujah. Dalam menangani perbezaan pendapat, apabila hujah seseorang disertai dengan penghinaan atau merendah-rendahkan orang lain, ia sebenarnya menandakan wujudnya kekurangan dalam diri penghujah tersebut.
Kedua, kita diperingatkan agar tidak mengikut jejak langkah Firaun yang menggunakan kaedah "meninggikan diri dan merendahkan orang lain" untuk menolak kebenaran. Sebagaimana dirakamkan dalam al-Quran:
Firaun cuba memenangi hujah bukan dengan fakta, tetapi dengan menghina Nabi Musa AS sebagai orang yang "hina" dan lemah pertuturannya akibat kurangnya kemampuan berkata dengan lancar.
Ketiga, Islam melarang keras perbuatan mencemuh atau memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk sebagai modal perdebatan. Allah SWT menegaskan dalam Surah al-Hujurat ayat 11 agar tidak merendah-rendahkan sesuatu kaum atau individu, kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik di sisi Allah daripada orang yang menghina.
Keempat, penggunaan penghinaan dalam perdebatan sebenarnya adalah satu bentuk helah psikologi untuk menutup kelemahan hujah sendiri. Hujah yang benar dan kukuh tidak memerlukan elemen serangan peribadi atau makian untuk menegakkan kebenaran kerana ia sudah kuat dengan fakta dan adab.
Kesimpulannya, tujuan utama berhujah dalam Islam bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata, tetapi untuk mencari kebenaran dan membimbing hati manusia kembali kepada Allah. Kita dinasihatkan supaya berhujah dengan ilmu, adab, dan hati yang bersih daripada rasa sombong.
Allah SWT berfirman:
Disebutkan beberapa jenis sangka buruk dan hukumnya:
- Sangka buruk yang haram: Ibnul Qayyim: “Dosa yang paling besar di sisi Allah adalah berburuk sangka kepadaNya.” Al-Nawawi: “Berburuk sangka terhadap para Nabi adalah kekufuran menurut ijma’.” Al-Haythami menyatakan bahawa berburuk sangka terhadap Muslim yang zahirnya adil termasuk dosa besar.
- Sangka buruk yang diharuskan: Pada orang yang terkenal dengan pelaku maksiat secara terang-terangan. Namun tidak dibenarkan mengintip keaiban orang lain.
- Sangka buruk yang disunatkan: Abu Hatim al-Busti menyatakan bagi orang yang ada permusuhan atau kebencian dalam agama atau dunia dan takut akan bahaya musuhnya. Maka wajib bersangka buruk terhadap tipu daya dan kejahatannya supaya tidak terkena tipuannya dan binasa.
- Sangka buruk yang wajib: Disebutkan dalam al-Azkar al-Nawawi bahawa sangka buruk dibenarkan untuk kepentingan syariat, contohnya menilai kejujuran saksi atau perawi hadis.
Disebutkan tentang firasat dan sangka buruk oleh Abu Talib al-Makki:
- Firasat: Apa yang kamu lihat dari saudaramu melalui bukti atau tanda yang nyata, sehingga kamu menilai daripadanya tetapi tidak mengucapkannya jika ianya buruk, menampakkannya, atau menjadikannya hukum, supaya tidak berdosa.
- Sangka buruk: Apabila kamu menilai orang lain berdasarkan prasangka atau perasaan dengki, niat jahat, atau keburukan dalam hatimu sendiri, lalu menimpakan itu pada mereka. Inilah yang disebut sangka buruk dan termasuk dosa.
Adakalanya apa yang hadir di dalam hati itu sekadar lintasan yang hadir secara tiba-tiba, pantas dan hilang selepas itu. Imam al-Nawawi menyebutkan tentang lintasan hati yang berupa sangkaan buruk:
“Bisikan hati dan percakapan diri, jika tidak menetap dan pemiliknya tidak berlanjutan dengannya, maka diampuni menurut ijma’ ulama, kerana dia tidak memilih terjadinya dan tidak ada cara untuk melepaskannya.”
Perlunya mengenal pasti punca buruk sangka seperti kejahilan, mengikut hawa nafsu, bersahabat dengan orang fasik, dengki, dan melampau dalam cemburu.
Antara cara-cara mendidik hati untuk tidak bersangka buruk:
- Memohon perlindungan Allah SWT: Rasulullah SAW bersabda apabila syaitan datang membisikkan keraguan, hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti.
- Takut kepada hukuman Allah SWT: Allah SWT berfirman tentang dosa menyakiti orang mukmin dengan tuduhan dusta dalam Surah al-Ahzab ayat 58.
- Terus-menerus memeriksa diri: Ibnul Qayyim berkata hendaklah orang yang cerdas menasihati dirinya dan memohon ampun setiap saat dari sangka buruknya terhadap Tuhannya.
Antara tindakan praktikal yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sangka buruk:
- Menjauhi punca dan tempat fitnah dan keraguan.
- Menjauhi orang yang bersangka buruk. Sebagaimana persahabatan dengan orang baik mendatangkan kebaikan, begitu juga persahabatan dengan orang jahat mendatangkan keburukan.
- Memalingkan sangkaan dengan perkara yang sebaliknya. Disebutkan dalam al-Azkar al-Nawawi, wajib menolaknya dengan berpaling darinya dan mengingat penafsiran yang menyingkirkan maksud zahirnya.
