ISU SEMASA | DURASI MEMBACA: 10 MINIT
HUKUM MEMBATALKAN PUASA KERANA MENGHADIRI JEMPUTAN RAYA
- Penulis : Muhammad Iqwan Bin Ahmad Zaidi
HUKUM MEMBATALKAN PUASA KERANA MENGHADIRI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
Oleh: Muhammad Iqwan Bin Ahmad Zaidi
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, umat Islam telah berjaya menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan dengan penuh kesabaran dan keimanan. Kini, tibalah saat untuk kita meraikan kemenangan tersebut dengan hadirnya Aidilfitri. Sebuah hari yang bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kejayaan rohani setelah sebulan mendidik jiwa, menahan nafsu, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Seiring dengan kegembiraan menyambut Aidilfitri, telah menjadi adat kebiasaan yang diwarisi turun-temurun dalam kalangan masyarakat Islam untuk saling ziarah-menziarahi, sebagai tanda mengeratkan silaturahim dan menyuburkan kasih sayang sesama insan. Budaya berziarah serta amalan jemputan rumah terbuka (open house) sempena Aidilfitri merupakan satu tradisi yang baik dan terpuji di sisi agama, kerana ia selari dengan seruan Islam agar umatnya hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
Namun begitu, timbul persoalan apabila seseorang berada dalam keadaan berpuasa, sama ada puasa qada Ramadan atau puasa sunat enam hari Syawal: adakah dibenarkan untuk membatalkan puasa semata-mata bagi memenuhi jemputan tersebut? Isu ini wajar diteliti melalui neraca fiqh, khususnya berdasarkan pandangan Mazhab Syafii yang menjadi pegangan utama di Malaysia.
HUKUM MEMBATALKAN PUASA
Sebelum kita membahaskan lebih lanjut berkenaan hukum membatalkan puasa, eloklah sebaiknya kita fahami terlebih dahulu perbezaaan antara Puasa Ganti Ramadan (Qada) dan Puasa Sunat Enam Hari Syawal. Perbezaan ini sangat penting kerana setiap satunya mempunyai implikasi hukum yang berbeza. Puasa qada merupakan kewajipan yang berkaitan dengan tanggungan (hutang) kepada Allah SWT, manakala puasa enam Syawal pula adalah ibadah sunat yang bersifat pilihan dan mempunyai kelonggaran. Justeru, penentuan hukum membatalkan puasa tidak boleh disamaratakan, sebaliknya perlu dilihat berdasarkan jenis puasa yang sedang ditunaikan.
Membatalkan Puasa Ganti Ramadhan (Qada)
Puasa qada Ramadan merupakan ibadah wajib yang perlu ditunaikan sebagai ganti kepada puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan. Tidak dibolehkan untuk seseorang memutuskannya atau membatalkan secara sengaja setelah memulakannya, malah berdosa besar sekiranya melakukannya. Oleh itu, mereka yang telah memulakan puasa qada, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang dibolehkan seperti sakit, haid atau musafir.
Ibnu Qudamah menyebut di dalam kitabnya al-Syarh al-Kabir [3/113]:
ูุฅู ุฏุฎู ูู ุตูู ูุงุฌุจ ููุถุงุก ูุงุฌุจุ ุฃู ูุถุงุก ุฑู ุถุงูุ ุฃู ูุฐุฑ ู ุนููุ ุฃู ู ุทููุ ุฃู ุตูุงู ููุงุฑุฉ ูู ูุฌุฒ ูู ุงูุฎุฑูุฌ ู ููุ ูุฃู ุงูู ุชุนูู ูุฌุจ ุงูุฏุฎููู ูููุ ูุบูุฑ ุงูู ุชุนูู ุชุนูู ุจุฏุฎููู ูููุ ูุตุงุฑ ุจู ูุฒูุฉ ุงูู ุชุนููุ ููุฐุง ูุง ุฎูุงู ููู
Maksudnya: โJika seseorang telah masuk (memulakan) puasa yang wajib seperti qada yang wajib, atau qada Ramadan, atau nazar yang ditentukan (waktunya) atau tidak ditentukan, atau puasa kafarah, maka tidak harus baginya untuk keluar (membatalkan) daripadanya. Ini kerana puasa yang telah ditentukan itu wajib untuk dimasuki, manakala yang tidak ditentukan menjadi wajib (tertentu) apabila dia telah memuliakannya, lalu ia menjadi seperti yang telah ditentukan. Dan perkara ini tidak ada khilaf padanya.โ
Hukum ini juga disokong oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Ummu Haniโ RA, beliau berkata:
ุฏุฎูุช ุนูู ุฑุณูู ุงููู - ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู - ูุฃุชู ุจุดุฑุงุจ ููุงููููู ูุดุฑุจุช ู ููุ ุซู ููุช: ูุง ุฑุณูู ุงููู ููุฏ ุฃูุทุฑุช ูููุช ุตุงุฆู ุฉุ ููุงู ููุง: "ุฃููุช ุชูุถูู ุดูุฆุงูุ" ูุงูุช: ูุงุ ูุงู: "ููุง ูุถุฑู ุฅู ูุงู ุชุทูุนุงู" ููููู - ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู -: "ููุง ูุถุฑู ุฅู ูุงู ุชุทูุนุงู"
Maksudnya: โAku masuk menemui Rasulullah SAW, lalu Baginda dibawakan minuman dan Baginda memberikannya kepadaku. Maka aku pun meminumnya. Kemudian aku berkata: โWahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku sedang berpuasa.โ Maka Baginda bertanya: โAdakah kamu sedang menggantikan (puasa wajib)?โ Aku menjawab: โTidak.โ Baginda bersabda: โMaka tidak mengapa ke atasmu jika ia adalah puasa sunat.โ [HR Abu Daud, 2456]
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW terlebih dahulu bertanyakan kepada Ummu Haniโ sama ada puasa yang dilakukannya itu merupakan puasa qada atau tidak. Setelah beliau menjelaskan bahawa puasa tersebut hanyalah puasa sunat, maka Baginda SAW menyatakan bahawa tidak berdosa untuk berbuka daripadanya. Hal ini memberi kefahaman bahawa sekiranya puasa tersebut ialah puasa qada, maka tidak dibenarkan untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa keuzuran syarii.
Membatalkan Puasa Sunat 6 Hari Syawal
Puasa 6 hari Syawal pula ialah ibadah sunat yang sangat digalakkan, namun tidaklah ke sampai tahap mengikat seperti puasa wajib. Menurut pendapat disisi Ulama Mazhab Syafii dan Hambali, apabila seseorang hamba telah memulakan puasa sunat, maka tidak wajib ke atasnya untuk menyempurnakannya dan tidak juga wajib qada jika dia berbuka.
Namun dari sudut adab pula adalah lebih baik menyempurnakan puasa jika tiada keperluan. Sebaliknya jika ada maslahat seperti menjaga hubungan, memenuhi jemputan, atau mengelakkan kesulitan, maka berbuka menjadi sesuatu yang diharuskan, bahkan kadang-kadang sampai ke tahap digalakkan berbuka.
Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam Sahih Muslim, daripada Aisyah binti Abu Bakar RA, beliau berkata:
ุฏูุฎููู ุนูููู ุงููููุจููู ุตูููู ุงูููู ุนููู ูุณูููู ุฐุงุชู ูููู ู ููุงู: ูู ุนููุฏูููู ุดูุกูุ ูููููุง: ูุงุ ูุงู: ูุฅูููู ุฅุฐูู ุตุงุฆูู ูุ ุซูู ูู ุฃุชุงูุง ูููู ูุง ุขุฎูุฑู ูููููุง: ูุง ุฑูุณููู ุงููููุ ุฃููุฏูู ูููุง ุญููุณูุ ููุงู: ุฃุฑูููููุ ูููุฏ ุฃุตุจูุญุชู ุตุงุฆูู ูุงุ ูุฃูููู.
Maksudnya: โPada suatu hari, Nabi SAW masuk menemuiku lalu Baginda bertanya: โAdakah kamu mempunyai sesuatu (makanan)?โ Kami menjawab: โTidak.โ Maka Baginda bersabda: โJika begitu, aku berpuasa.โ Kemudian pada hari yang lain, Baginda datang lagi. Maka kami berkata: โWahai Rasulullah, telah dihadiahkan kepada kami makanan (hais), lalu kami menyimpannya untukmu.โ Baginda bersabda: โBawakan kepadaku, sesungguhnya aku pada pagi ini berpuasa.โ Lalu Baginda pun memakannya.โ [HR Muslim, 1154]
Manakala Imam Al-Nasaโi pula menambah di dalam lafaz hadis dalam riwayatnya, sabda Nabi SAW:
ุฅูููู ุง ู ูุซููู ุตููู ู ุงูู ูุชุทูููุนู ู ูุซููู ุงูุฑููุฌููู ููุฎุฑูุฌู ู ูู ู ุงููู ุงูุตููุฏูุฉูุ ูุฅูู ุดุงุกู ุฃูู ูุถุงูุงุ ูุฅูู ุดุงุกู ุญุจูุณููุง
Maksudnya: โSesungguhnya perumpamaan orang yang berpuasa sunat itu adalah seperti seseorang yang mengeluarkan sedekah daripada hartanya, jika dia mahu, dia meneruskannya (memberikannya), dan jika dia mahu, dia menahannya (tidak meneruskannya).โ [HR al-Nasaโi, 2321]
Imam Ahmad juga meriwayatkan sebuah hadis, daripada Ummu Haniโ RA, sabda Nabi SAW:
ุงูุตููุงุฆู ู ุงูู ุชุทูููุนู ุฃู ูุฑู ููุณููู ุฅู ุดุงุกู ุตุงู ู ูุฅู ุดุงุกู ุฃูุทุฑู
Maksudnya: โOrang yang berpuasa sunat itu adalah pemimpin bagi dirinya, jika dia mahu, dia terus berpuasa, dan jika dia mahu, dia berbuka.โ [HR Ahmad, 26937]
Berdasarkan dalil-dalil hadis yang dinyatakan, jelas bahawa seseorang yang berpuasa sunat mempunyai pilihan untuk meneruskan atau membatalkannya tanpa menanggung dosa dan tanpa kewajipan qada. Namun begitu, dari sudut adab dan kesempurnaan ibadah, adalah lebih utama untuk menyempurnakan puasa tersebut sekiranya tiada keperluan yang mendesak.
Sebaliknya, jika terdapat maslahat yang lebih besar seperti menjaga hubungan silaturahim, memenuhi jemputan atau mengelakkan kesulitan, maka berbuka bukan sahaja diharuskan, bahkan dalam keadaan tertentu boleh menjadi suatu tindakan yang lebih utama. Hukum ini terpakai bagi kesemua jenis puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, Puasa Hari Putih dan sebagainya.
KESIMPULAN DAN SARANAN
Secara keseluruhannya, hukum membatalkan puasa bergantung kepada jenis puasa yang sedang ditunaikan. Puasa qada Ramadan sebagai ibadah wajib tidak boleh dibatalkan tanpa keuzuran syarii, bahkan perbuatan tersebut adalah berdosa kerana ia melibatkan tanggungan yang mesti disempurnakan.
Sebaliknya, puasa sunat seperti puasa enam hari Syawal bersifat fleksibel, di mana seseorang dibenarkan untuk membatalkannya tanpa dosa dan tanpa kewajipan qada. Namun, dari sudut adab dan kesempurnaan ibadah, adalah lebih utama untuk menyempurnakannya selagi tiada keperluan yang mendesak. Dalam keadaan tertentu, seperti menjaga hubungan silaturahim dan memenuhi jemputan, berbuka boleh menjadi suatu pilihan yang lebih baik berdasarkan pertimbangan maslahat.
Sebagai saranan:
- Seseorang Muslim perlulah terlebih dahulu memahami jenis puasa yang sedang ditunaikan sebelum membuat keputusan untuk berbuka. Ini kerana puasa wajib seperti qada Ramadan mempunyai hukum yang mengikat dan tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya, berbeza dengan puasa sunat yang diberikan kelonggaran oleh syarak. Kekeliruan dalam hal ini boleh membawa kepada kesilapan hukum dan dosa tanpa disedari.
- Puasa qada merupakan tanggungan yang wajib dilunaskan kerana ia adalah โhutangโ kepada Allah SWT. Oleh itu, ia perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab dan kesungguhan. Sikap mengambil ringan seperti membatalkan tanpa sebab yang sah menunjukkan kelalaian terhadap kewajipan agama, sedangkan Islam menuntut umatnya amanah dalam melaksanakan ibadah wajib.
- Perancangan yang baik dapat mengelakkan konflik antara ibadah dan komitmen sosial. Seseorang digalakkan memilih hari-hari yang kurang jemputan atau aktiviti sosial untuk melaksanakan puasa qada, agar dapat menyempurnakan ibadah dengan tenang tanpa perlu berdepan dilema untuk membatalkan puasa.
- Puasa sunat memberi ruang fleksibiliti kepada individu. Oleh itu, seseorang perlu menggunakan pertimbangan yang bijak dalam menilai situasi. Jika tiada keperluan mendesak, lebih baik puasa diteruskan. Namun, jika terdapat maslahat yang lebih besar seperti menjaga hubungan kekeluargaan atau mengelakkan salah faham, maka berbuka adalah suatu pilihan yang dibenarkan, bahkan kadangkala lebih utama.
- Dalam keadaan seseorang ingin meneruskan puasa, adab perlu dijaga dengan memaklumkan secara sopan kepada tuan rumah. Penjelasan yang baik mampu mengelakkan salah faham dan menjaga perasaan pihak yang menjemput. Islam menekankan keseimbangan antara menjaga ibadah dan memelihara hubungan sesama manusia.
- Islam tidak hanya menitikberatkan hubungan seorang hamba dengan Allah, tetapi juga hubungan sesama manusia. Oleh itu, seseorang perlu bijak mengimbangi kedua-duanya. Dalam hal puasa sunat, menjaga silaturahim kadangkala lebih diutamakan jika ia melibatkan maslahat yang besar.
