SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
KEMATIAN YANG PASTI
- Penerbit : Adib
Kematian sering dianggap sebagai noktah terakhir dalam kehidupan manusia, seolah-olah ia menamatkan segala keindahan dan kebahagiaan. Namun bagi umat Islam, kematian bukanlah penamat, bahkan permulaan kepada satu fasa kehidupan yang lebih besar iaitu kehidupan akhirat.
Inilah yang membezakan akidah Islam daripada fahaman-fahaman seperti atheisme dan nihilisme yang menolak kewujudan kehidupan selepas mati. Bagi mereka, hidup hanyalah di dunia semata-mata. Pemikiran seperti ini akhirnya mengheret manusia kepada cara berfikir yang salah dan menjadikan kehidupan terasa kosong serta tiada makna.
Nihilisme misalnya melihat dunia ini sebagai sesuatu yang kosong dan tidak mempunyai tujuan. Ia berpunca daripada pemikiran bahawa manusia tidak tahu mengapa ia hidup dan ke mana arah kehidupannya. Fahaman ini sebaris dengan atheisme yang menolak kewujudan perkara ghaib dan berpaksikan kepada pemikiran tokoh Barat seperti Friedrich Nietzsche dan Arthur Schopenhauer.
Konsep ‘nothingness’ yang mereka perkenalkan menggambarkan kehidupan sebagai sesuatu yang tidak mempunyai maksud, sedangkan Islam menegaskan bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara iaitu medan ujian bagi menentukan tempat sebenar manusia di akhirat kelak. Apabila manusia menolak hakikat akhirat, mereka akan kehilangan pedoman dan kekuatan spiritual. Nilai moral menjadi rosak kerana hidup hanya berlandaskan hawa nafsu.
Dalam Islam, keyakinan kepada akhirat menjadikan jiwa manusia tenang. Ia memberi makna bahawa setiap amal baik atau jahat akan dibalas, dan keadilan mutlak hanya akan terlaksana pada hari pembalasan. Maka, kematian bukanlah penamat, tetapi pintu menuju keadilan dan ketenangan yang sebenar.
Manusia secara fitrah inginkan keadilan dan bencikan kezaliman. Dunia Barat cuba mencari keadilan melalui pelbagai ideologi seperti Liberalisme, Anarkisme, dan Sosialisme. Namun, semuanya gagal memberikan keadilan yang hakiki. Hanya Islam yang memperkenalkan keadilan sebenar dengan berpaksikan wahyu. Islam meletakkan kematian dan akhirat sebagai asas kepada keseimbangan ini. Tanpa keyakinan terhadap akhirat, manusia akan terus menindas dan ditindas, kerana tiada keyakinan bahawa kezaliman akan dibalas.
Inilah sebabnya Allah SWT menetapkan adanya Hari Akhirat supaya manusia yakin bahawa setiap perbuatan akan diadili. Ia berbeza daripada konsep akhirat dalam Kristian yang disalahgunakan sebagai alat ‘candu’ untuk menenangkan rakyat agar tidak melawan kezaliman. Islam pula menegaskan bahawa konsep akhirat bukan untuk dicandukan, tetapi untuk membina tanggungjawab moral.
Kesimpulan: Kematian bukanlah kezaliman Tuhan, tetapi sebahagian daripada keadilan dan rahmat-Nya. Ia menjadi pemisah antara dunia ujian dan akhirat pembalasan. Hikmah kematian ialah untuk mengingatkan manusia bahawa hidup ini bukan untuk selama-lamanya, tetapi sebagai persiapan menuju kehidupan yang kekal.
Perasaan terhadap kematian dalam Islam bukanlah sekadar takut atau ingin mati, tetapi berpaksikan kesedaran terhadap tujuan hidup dan hakikat akhirat. Rasa takut mati kerana belum bersedia menemui Allah SWT adalah digalakkan kerana ia mendorong seseorang untuk memperbaiki amal.
Justeru, Nabi SAW melarang umatnya berharap untuk mati hanya kerana derita dunia. Sebaliknya, Baginda mengajarkan doa agar urusan hidup dan mati diserahkan sepenuhnya kepada Allah SWT:
Sementara itu, mencintai kematian dalam konteks Islam bukan bermaksud berputus asa terhadap kehidupan dunia, tetapi tanda kerinduan untuk bertemu Allah setelah menunaikan tanggungjawab sebagai hamba. Contohnya para pejuang agama Allah menjadikan mati syahid sebagai cita-cita tertinggi mereka.
Cinta dunia bukan sekadar minat terhadap harta, kerja, atau perkara yang kita suka. Ia adalah keterikatan hati yang menyebabkan seseorang lupa akhirat, lalai daripada ketaatan, dan sanggup melanggar syariat demi dunia.
Imam Al-Ghazali menjelaskan:
Maksudnya: “Cinta dunia itu akar segala dosa. Maknanya ialah terpesona dengannya, tenggelam dalam kelazatannya, dan melupakan akhirat.” [Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn, jilid 3, hlm. 213]
Nabi SAW menggambarkan bahawa apabila umat Islam terlalu cinta kepada dunia hingga melupakan perjuangan agama, maka hilanglah kemuliaan mereka:
Kesimpulan: "Gunakan dunia di tanganmu, bukan di hatimu. Kerana hati yang dipenuhi dunia tidak akan sempat merasai manisnya akhirat."
Ungkapan ini mengandungi hakikat iman bahawa setiap kematian berlaku atas kasih sayang dan kebijaksanaan Allah. Kematian anak kecil mungkin menjadi rahmat yang menyelamatkan mereka daripada fitnah dunia yang berat.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah menjanjikan "Baitul Hamd" (Rumah Pujian) di syurga bagi ibu bapa yang redha atas kematian anak mereka. Imam Al-Razi menyebut:
Maksudnya: “Kematian bukan tanda kemurkaan Allah. Bahkan ada yang diambil nyawanya ketika kecil sebagai rahmat baginya dan bagi kedua ibu bapanya.” [Tafsīr al-Kabīr, juz. 6, hlm. 102]
Bagi yang masih hidup — kematian orang lain bukan tanda kita kurang disayangi, tetapi tanda kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Allah SWT merahsiakan waktu kematian sebagai rahmat dan peringatan berterusan.
Imam Fakhruddin al-Razi berkata:
“...sekiranya waktunya diketahui, nescaya setiap orang akan bergantung pada jauhnya waktu itu... lalu dia akan berbuat maksiat dengan secara sengaja dengan berharap untuk bertaubat sebelum mati.” [Mafatih al-Ghaib, jld. 25, hlm. 68]
Hikmah dirahsiakan waktu kematian termasuklah:
- Manusia sentiasa bersedia dan tidak menangguh taubat.
- Mendidik hati dengan sifat sabar dan reda.
- Menjaga akhlak dan hubungan sesama manusia kerana takut tidak sempat meminta maaf.
Dalam Islam, berdoa untuk kematian kerana terlalu berat menanggung ujian adalah makruh dan tidak digalakkan.
Allah mengingatkan kita agar jangan berputus asa daripada rahmat-Nya (Surah al-Zumar: 53) dan menjanjikan jalan keluar bagi orang bertaqwa. Setiap ujian adalah kebaikan jika dihadapi dengan sabar dan syukur.
Sedih adalah fitrah manusia. Nabi SAW juga bersedih sehingga tahun kematian Saidatina Khadijah digelar 'Tahun Kesedihan'. Namun, kesedihan tidak boleh membawa kepada penafian takdir.
Tips mendidik hati menerima takdir:
- Zikir & Istighfar: Menenangkan jiwa yang bergelora.
- Ubah Mindset: Lihat perpisahan sebagai "pertemuan yang ditunda" ke alam yang kekal.
- Doa Ma’tsur: Amalkan doa yang diajar Nabi SAW ketika musibah:
