SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
MUDAHNYA BERTERIMA KASIH
- Penerbit : Adib
Dalam berdoa, Islam mengajar kita untuk mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan-Nya kepada kita sebelum kita meminta sesuatu daripada-Nya.
Syukur dan berdoa dan berterima kasih mengajar kita adab dalam meminta dan menerima kebaikan. Ia membentuk disiplin dan perilaku mulia dalam bagaimana kita berinteraksi dengan Tuhan Yang Maha Memberi dan insan-insan yang baik hatinya.
Allah SWT berfirman tentang adab meminta kepada-Nya:
Nabi SAW bersabda tentang adab berterima kasih:
Ia juga merupakan tanda kerendahan hati. Hatinya tidak ego mengatakan dirinya lebih mulia atau lebih baik sehingga dia menahan diri daripada menzahirkan penghargaannya.
Ia juga menunjukkan seseorang itu berlapang dada dan berhati terbuka dalam menerima perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, jika seseorang menegur dia dan dia mengucapkan terima kasih atas teguran itu, itu menunjukkan dia menerima teguran itu dan tidak merasa terancam atau sakit hati dengannya.
Imam al-Zahabi pernah menyebutkan perihal orang yang ikhlas apabila ditegur:
Berterima kasih juga merupakan salah satu bentuk syukur kepada Allah SWT. Hubungan antara manusia yang dijaga dengan sebenar-benarnya akan menjadi cerminan kepada bentuk ketakwaan dan kesyukuran kita kepada Allah SWT.
Hal ini kerana, bersyukur kepada Allah SWT bukanlah semata-mata meratib zikir dan hamdallah setiap hari, malah ia juga bermaksud menggunakan segala kurniaan Allah SWT demi melakukan kebaikan dan segala apa yang diredaiNya. Ini termasuklah menghargai manusia dan berakhlak mulia. Mereka yang tidak lazim berterima kasih kepada manusia, maka jiwanya tiada sikap bersyukur sekalipun lisannya meratib ‘alhamdulillah’ setiap hari.
Nabi SAW bersabda:
Jelaslah bahawa perbuatan bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada manusia mempunya hubungan yang rapat dan saling berkait antara satu sama lain. Jika tidak lengkap satu bahagian, maka tidak sempurnalah bahagian yang lain.
Islam merupakan agama yang mengajarkan manusia akhlak. Akhlak bukan hanya nilai murni atau etika dan moral. Akhlak lebih lagi daripada itu, ianya mengandungi nilai keimanan kepada Allah.
Maka ketika kita membicarakan tentang syukur dan menghargai kebaikan manusia terhadap kita, kita tidak boleh hanya melihat ia sebagai budi bahasa dan common sense yang kadang-kala dianggap perkara biasa sehingga dilupakan. Namun, ianya ialah sebagai bukti syukur kepada Allah.
Menghargai manusia ialah antara bentuk kesyukuran kepada nikmat Allah. Sabda Nabi SAW:
Imam al-Khattabi berkata: Hadis ini ditafsirkan dengan dua makna:
- Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.
- Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba di atas kebaikan-Nya kepadanya, jika seseorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. [Rujuk: Ma’alim al-Sunan, jld. 4, hlm. 113]
Walaupun situasi seseorang itu memang wajib tolong misalnya seorang suami yang beri nafkah kepada keluarga, seorang anak yang berbakti kepada ibu ayah, maka hendaklah tetap menghargai dan berterima kasih kepadanya sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah.
Antara lafaz yang baik untuk mengucapkan terima kasih ialah sebagaimana sabda Nabi SAW:
Berdasarkan lafaz ini, kita fahami bahawa cara terbaik memberikan penghargaan kepada manusia ialah dengan berdoa serta mengharapkan agar Allah membalasnya dengan kebaikan. Kerana hakikatnya hanya Allah yang mampu dan berkuasa membalas segala kebaikan, dan manusia sangat lemah dalam memberikan sebaik-baik balasan sebagaimana diberikan Allah.
Rasulullah SAW juga bersabda:
Selain itu, disamping berterima kasih, kita juga boleh memuji kebaikan yang dilakukan oleh orang yang telah membantu kita. Sebagaimana sabda Nabi SAW:
Tidak dinafikan, teguran itu kadang-kadang membuatkan hati berasa sakit dan pedih. Apatah lagi jika ia diselangi dengan kata-kata kesat dan celaan walaupun hati orang yang memberi teguran itu baik.
Islam menyuruh kita untuk mencari dan menerima hikmah serta kebaikan dengan melihat kepada segala sesuatu walau betapa sakit dan peritnya apa yang dihadapi oleh insan itu. Islam mengajar kita untuk bersabar dan tabah apabila menghadapi perkara yang sulit dan tidak menyenangkan hati. Ia melatih jiwa menjadi kental dan kuat sehingga dapat menerima dengan hati yang tenang.
Allah SWT berfirman:
Dengan sabar, akal dapat dipandu dengan waras dan tidak menanggung beban emosi yang boleh mengganggu neraca pertimbangan. Dia boleh menilai dengan lebih baik dan bersikap objektif tanpa memanjang-manjangkan emosi yang tersakiti.
Islam juga mendidik kita untuk muhasabah pada setiap perbuatan kita termasuklah melihat nilai teguran yang diberi. Dengan ini, hati akan merendah diri dan melihat ibrah disebalik teguran itu.
Maimun bin Mahran, seorang tabi’in, berkata:
Dengan menilai diri melalui teguran itu, seseorang dapat melihat makna dan tujuan yang disampaikan dalam teguran. Maka, akal menjadi rasional dalam memilih apa yang terbaik dan hati menjadi tenang kerana memahami wujudnya hikmah disebalik teguran itu.
Islam juga menganjurkan untuk mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan. Walaupun teguran itu menyakitkan hati, dan mungkin yang menegur itu mempunyai niat yang baik atau buruk, ia tetap memberi refleksi kepada diri dan membuatnya sedar tentang perbuatannya.
Imam al-Zahabi pernah menyebutkan perihal orang yang ikhlas apabila ditegur:
Perbuatan ini menzahirkan sikap menghargai teguran itu dan mengiktirafnya sebagai sesuatu kebaikan buat dirinya. Sekalipun ucapan terima kasih itu berat untuk dilafazkan tapi ia memaksa hati untuk bertenang dan senyum dalam menerimanya.
Maka, perasaan tidak senang terhadap teguran dapat diredakan dengan bersabar dan melihatnya dengan sudut pandang positif serta mengakui faedahnya kepada kita dan boleh membawa hati yang tenang dan terbuka.
Perasaan ini mungkin timbul kerana sebahagian orang khuatir bahawa kebaikan yang mereka lakukan kepada orang lain akan disalahgunakan atau dieksploitasi.
Manakala, dalam konteks Islam, berbuat kebaikan kepada orang lain adalah amalan yang terpuji dan diganjari di akhirat kelak. Allah SWT berfirman:
Berkata Imam at-Tabari perihal ayat di atas:
Jangan takut berbuat baik kerana risau akan diambil kesempatan. Mengelak dari berbuat baik kerana takut dimanfaatkan bermakna mengabaikan tuntutan Islam. Tanggungjawab kita adalah berbuat baik, sementara niat orang lain adalah urusan mereka dengan Allah SWT.
Ikhlas dalam berbuat baik adalah kewajipan seseorang kerana amalan itu diterima atau ditolak adalah berdasarkan niat seseorang. Ikhlas bermaksud:
Perihal ikhlas ini, hanya diri seseorang sahaja yang tahu sama ada dia ikhlas atau tidak, kerana orang lain tidak mampu mengukur keikhlasan seseorang, kerana ia terletak di dalam hati.
Kesimpulannya, kita perlu berbuat baik dengan penuh pengharapan ganjaran dari Allah SWT, dalam masa yang sama berharap reda-Nya.
Peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sangat relevan dengan pendidikan anak-anak, terutama dalam membentuk adab berterima kasih.
Mengajar anak untuk berterima kasih memerlukan pendidikan yang konsisten sejak kecil, bergantung pada teladan yang diberikan oleh orang dewasa, terutama ibu bapa atau penjaga.
Dalam mendidik anak, teladan orang dewasa adalah elemen yang paling utama, kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah meniru tingkah laku orang dewasa di sekeliling mereka.
Maka, peranan orang dewasa sangat penting kerana mereka adalah ketua yang bertanggungjawab untuk memberi teladan yang baik dan membimbing anak-anak ke arah yang benar. Nabi SAW bersabda:
Teladan lebih kuat daripada kata-kata. Anak-anak lebih mudah meniru perbuatan yang mereka lihat berbanding hanya mendengar nasihat. Apa yang dilihat, itulah yang ditiru. Jika ibu bapa menyuruh anak ucap "terima kasih" tetapi tidak menunjukkannya sendiri, anak sukar untuk faham dan ikut.
Teladan orang dewasa mencerminkan nilai sebenar adab. Bila orang dewasa hidup dengan adab, anak-anak akan membesar dalam suasana yang menanamkan nilai tersebut secara mendalam.
Teladan yang ditunjukkan oleh orang dewasa kepada anak-anak secara tidak langsung akan membentuk dan mencorakkan karakter serta akhlak mereka. Kesimpulannya, haruslah bagi dewasa untuk menunjuk akhlak dan keperibadian yang baik kerana itu akan mencorak anak-anak di masa hadapan.
Islam sangat menggalakkan sifat syukur ini sebagai menzahirkan terima kasih. Bersyukur di atas nikmat Allah adalah wajib dan tidak harus seseorang itu meninggalkannya.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Bersyukur kepada manusia adalah dalam erti kata melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diberikan. Berterima kasih kepada manusia lain atas kebaikannya menjadi kayu ukur apakah seseorang itu dapat bersyukur kepada Allah atau tidak atas segala nikmat pemberian-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
Imam al-Khattabi berkata: “Hadis ini ditafsirkan dengan dua makna:
- Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan
- tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya. Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba di atas kebaikan-Nya kepadanya, jika seseorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. [Ma’alim al-Sunan, 4/113]
Selain itu, sabda Nabi SAW:
Sewajarnya kita menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita terutamanya mereka dari kalangan ibu bapa, guru dan orang-orang yang banyak melakukan kebaikan kepada kita.
Dalam konteks rumah tangga Islam, penghargaan antara suami dan isteri bukan hanya soal adab, tetapi juga satu tuntutan rohani dan emosi yang sangat penting.
Bila salah satu pihak suami atau isteri tidak menghargai pengorbanan pasangannya, ia boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keharmonian, kasih sayang, dan juga ketenangan dalam rumah tangga.
Oleh itu, beberapa aspek yang dapat kita huraikan:
Penghargaan sebagai tanda syukur
Dalam Islam, bersyukur bukan hanya kepada Allah, tetapi juga kepada sesama manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:
Kesan emosi apabila tiada penghargaan
Rasa tidak dihargai boleh menimbulkan keletihan emosi, terutama jika seseorang itu banyak berkorban dalam diam — dari urusan rumah, membesarkan anak, sokongan kewangan, hingga menjaga hati keluarga. Lama-kelamaan, ini boleh membawa kepada perasaan kecewa, hambar, atau menjauh secara emosi, walaupun masih tinggal serumah.
Islam sangat menitikberatkan lemah-lembut, komunikasi kasih sayang, dan empati dalam rumah tangga terutama bila melibatkan emosi.
Firman Allah SWT:
Ayat ini menunjukkan bahawa sakinah (ketenangan) dalam rumah tangga hanya boleh wujud apabila ada mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas ihsan) — yang antara lainnya dibina melalui penghargaan dan komunikasi emosi yang baik.
Oleh itu, antara pendekatan yang boleh diambil:
- Latih budaya memuji dan mengucapkan terima kasih, walaupun perkara kecil. Ini menumbuhkan rasa dihargai dan mengeratkan hubungan.
- Luahkan penghargaan dalam bentuk doa — doakan pasangan dengan penuh kasih sayang dan lafazkan kepada mereka. Ini sunnah dan menenangkan jiwa.
- Berbincang dengan hikmah jika terasa kurang dihargai. Dalam Islam, teguran yang baik itu sebahagian daripada nasihat yang dibenarkan dalam hubungan suami isteri, asalkan dilakukan dengan penuh kasih dan tanpa mengungkit.
