FIQH & IBADAH | DURASI MEMBACA: 2 MINIT

PANDUAN UCAPAN AIDILFITRI MENGIKUT SUNAH

MENZAHIRKAN KEGEMBIRAAN DI HARI RAYA ADALAH IBADAH

Sesiapa yang meneliti perayaan-perayaan Islam yang disyariatkan akan mendapati bahawa ia hadir selepas pelaksanaan ibadah yang panjang, sukar, dan memenatkan, yang di dalamnya terdapat mujahadah (perjuangan) menentang hawa nafsu dan syahwat.

Sepertimana Aidiladha disambut selepas hampir sempurnanya ibadah haji. Yang terdapat di dalamnya itu perjalanan yang panjang, perbelanjaan yang besar, serta pengekangan diri daripada sebahagian perkara yang disukai. Maka setelah itu, umat Islam merayakan Aidiladha dengan menyembelih haiwan korban mereka dan berkongsi kesenangan buat diri mereka, keluarga, and golongan fakir miskin.

Begitulah Aidilfitri diraikan setelah menyelesaikan ibadah puasa yang merupakan satu ibadah yang sukar; di dalamnya terdapat penahanan diri daripada syahwat dan kesabaran menahan lapar dan dahaga di siang hari serta bangkit menghidupkan malam dengan menunaikan solat sunat tarawih dan solat sunat yang lain.

Aidilfitri mengandungi pelbagai makna, Umat Islam menzahirkan kegembiraan mereka di hari itu kerana Allah SWT telah menguji keazaman mereka lalu mendapatinya utuh, menguji kesabaran mereka lalu mendapatinya teguh, and menguji keimanan mereka lalu mendapatinya kukuh. Mereka berjaya melepasi ujian tersebut sebagai individu mukmin yang kuat dan ampuh. Bahkan, mereka keluar daripadanya dengan jiwa yang lebih subur dan sarat dengan penghayatan terhadap erti kekuatan serta keimanan.

Pengertian sebegini yang menjiwai hari raya menjadikan perasaan gembira di dalamnya sebagai satu ibadah. Hal ini kerana, kegembiraan atas kejayaan menyempurnakan ibadah adalah suatu ibadah, kegembiraan kerana berjaya menundukkan syahwat adalah suatu ibadah, and kegembiraan kerana berjaya menewaskan syaitan beserta bala tenteranya juga merupakan suatu ibadah.

ANTARA PERKARA SUNAH HARI RAYA

Amalan Nabi SAW yang sabit dalam sunah pada hari raya kebanyakannya lebih tertumpu kepada takbir dan tatacara fizikal seperti memakai wangi-wangian, and mengenakan pakaian baharu. Perkara ini diamalkan oleh Baginda Nabi SAW sendiri serta para sahabat baginda seperti Ibn Umar, Ali bin Abi Talib, and lain-lain. Sa'id bin al-Musayyib berkata:

ุณูู†ูŽู‘ุฉู ุงู„ููุทู’ุฑู ุซูŽู„ุงุซูŒ: ุงู„ู…ูŽุดู’ูŠู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู…ูุตูŽู„ูŽู‘ู‰ุŒ ูˆูŽุงู„ุฃูŽูƒู’ู„ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุฎูุฑููˆุฌูุŒ ูˆูŽุงู„ุงูุบู’ุชูุณูŽุงู„ู

Maksud: "Terdapat tiga amalan sunah pada hari raya: Keluar menuju ke musolla (kawasan lapang) untuk solat sunat hari raya, menjamah makanan sebelum keluar dari rumah, and mandi."

Begitu juga seperti bersegera menuju ke masjid pada hari raya and menjamah sedikit makanan sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya, serta menuju ke tempat solat sunat hari raya menggunakan laluan yang berbeza ketika pergi and pulang. Hal ini bersandarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA, di mana beliau berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ - ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ - ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนููŠุฏู ุฎูŽุงู„ูŽููŽ ุงู„ุทูŽู‘ุฑููŠู‚ูŽ

Maksud: "Nabi SAW pada hari raya akan menggunakan jalan yang berbeza (ketika pergi and pulang)." [HR al-Bukhari, 986]

UCAPAN YANG DIUCAPKAN PADA HARI RAYA

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ูƒูู…ู’

Maksud: "Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu"

Dari sudut dokumentasi hadis, tiada riwayat sahih yang menunjukkan Baginda melafazkan ucapan tahniah tertentu seperti "Selamat Hari Raya" atau seumpamanya kepada para sahabat. Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra merakamkan riwayat daripada Khalid bin Maโ€™dan mengenai pertemuan beliau dengan sahabat Nabi, Wasilah bin al-Asyqa' pada hari raya. Dalam riwayat tersebut, Wasilah menyandarkan ucapan tahniah 'Taqabbalallahu minna wa minka' secara langsung kepada Rasulullah SAW (hadis marfuโ€™), di mana Baginda dilaporkan mengiyakan and membalas ucapan doa tersebut.

Namun apabila dilihat dari sudut kajian jalur periwayatan hadis, sandaran ucapan 'Taqabbalallahu minna wa minkum' secara langsung kepada Baginda Nabi SAW (hadis marfuโ€™) dikategorikan sebagai sangat lemah (daif jiddan) and mungkar oleh ulama. Penilaian ini berpunca daripada faktor perawi bernama Muhammad bin Ibrahim al-Syami yang dilabel sebagai munkar al-hadis oleh para ulama hadis.

Meskipun Nabi SAW tidak diriwayatkan memulakan ucapan tersebut, amalan ini dikesan secara kuat melalui perbuatan para sahabat (Atsar). Lafaz yang paling masyhur diamalkan oleh para sahabat ialah seperti yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari, daripada Jubair Bin Nufair:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุงู„ุชูŽู‚ูŽูˆู’ุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุนููŠุฏู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุจูŽุนู’ุถูู‡ูู…ู’ ู„ูุจูŽุนู’ุถู: ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ูƒูŽ

Maksud: "Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami and daripada kamu)."

Imam Ahmad bin Hanbal pula ketika ditanyakan berkenaan hukum mengucapkan lafaz ini pada hari raya mengatakan bahawa tidak mengapa untuk mengucapkannya. Beliau sendiri secara peribadi tidak memulakan ucapan tersebut kepada sesiapa pun, namun beliau akan membalasnya jika dimulakan oleh orang lain kerana tuntutan wajib menjawab penghormatan. Menurut beliau, memulakan ucapan tahniah bukanlah satu sunah yang diperintahkan secara khusus and bukan juga suatu larangan; maka individu yang melakukannya mahupun yang meninggalkannya, kedua-duanya mempunyai sandaran ikutan (qudwah) masing-masing.

Oleh itu tidak mengapa untuk kita mengamalkannya. Bahkan ucapan ini membawa erti satu doa yang dipanjatkan sebagai pengharapan kepada Allah agar semua amal ibadah yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh-Nya.

Dengan mengucapkan doa ini, kita mengakui bahawa sehebat mana pun puasa, solat tarawih, and sedekah yang dilakukan, penentu segalanya adalah penerimaan (qabul) daripada Allah, bukan kepuasan peribadi kita. Ianya satu bentuk penyerahan diri kepada Allah agar tidak menyia-nyiakan segala amalan yang telah diusahakan.

Ucapan lain seperti Selamat Hari Raya / Minal Aโ€™idin wal Faโ€™izin / Kullu โ€˜Am Wa Antum Bikhair

Ucapan ini adalah ucapan yang bersifat adat and berasal daripada budaya setempat bertujuan mendoakan keselamatan and kesejahteraan. Tiada sebarang riwayat yang menyandarkan ucapan ini kepada Nabi SAW and juga Para Sahabat. Walaupun tidak mempunyai asal-usul daripada teks Arab klasik, ia tidak bercanggah dengan syarak. Ia termasuk dalam kategori al-adat al-hasanah (adat yang baik) and berfungsi sebagai ucapan tahniah yang diizinkan untuk menzahirkan kegembiraan.

Ucapan Minal Aโ€™idin Wal Faโ€™izin

(ู…ูู†ูŽ ุงู„ุนูŽุงุฆูุฏููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ููŽุงุฆูุฒููŠู†ูŽ)

pula membawa maksud doa yang bererti "Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang kembali kepada fitrah/kesucian and orang yang memperoleh kemenangan melawan hawa nafsu".

Adapun Kullu โ€˜Am Wa Antum Bikhair

(ูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู)

juga merupakan sebuah doa yang bererti "Semoga setiap tahun, anda (semua) berada dalam kebaikan".

Hal ini kerana ia termasuk dalam bab muamalah and adat yang bertujuan menyebarkan kasih sayang serta kegembiraan. Selagi makna ucapan tersebut baik and tidak mengandungi unsur syirik atau maksiat, ia dikira sebagai satu bentuk kebaikan (ihsan) sesama Muslim.

KESIMPULAN

Perbahasan lafaz ini mengajar kita bahawa hari raya bukan sekadar perayaan adat, tetapi sepatutnya menjadi satu wasilah yang mengingatkan kita kepada Allah. Apa yang perlu kita buat antaranya:

    • Utamakan Doa, Bukan Sekadar Sapaan
      Jadikanlah ucapan "Taqabbalallahu minna wa minkum" sebagai pemula bicara. Apabila kita menyebutnya, sedarlah bahawa kita sedang mendoakan agar segala penat lelah puasa and sedekah kita diterima Allah. Ia adalah bentuk tawaduk (rendah diri), iaitu mengakui bahawa sehebat mana pun amal kita, hanya Allah penentu segalanya.
    • Meraikan Kepelbagaian dengan Lapang Dada
      Ikutilah jejak langkah Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau seorang yang sangat menjaga sunah, namun tetap menyantuni manusia dengan menjawab tahniah mereka. Jika orang mengucapkan "Selamat Hari Raya" atau "Maaf Zahir Batin", sambutlah dengan senyuman and balaslah with doa yang lebih baik. Jangan biarkan ilmu menjadikan kita kaku sehingga merosakkan silaturahim.

Disediakan

Scroll to Top