SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
ASHABUL UKHDUDPEMUDA DI SISI RASULULLAH
- Penerbit : Adib
- Pemuda memainkan peranan utama dalam menggerakkan dakwah Islam sejak zaman Rasulullah SAW.
- Terkenal dengan keberanian di medan jihad dan keteguhan iman yang tinggi.
- Diiktiraf kerana kecerdikan dalam menyusun strategi dan menyelesaikan masalah umat.
- Menjadi inspirasi saksiah dan kepimpinan untuk generasi muda menghadapi cabaran moden.
- Penyertaan aktif golongan muda adalah nadi kelangsungan dan kekuatan umat Islam.
Orang muda dianggap nadi kekuatan kerana kalimah pemuda dalam bahasa Arab iaitu (شاب) merangkumi makna kekuatan, pertumbuhan, semangat, kecergasan, dan arus yang deras. Ini melambangkan tenaga luar biasa untuk membuat perubahan dunia.
Tokoh Pemuda dalam Sejarah Islam:
- Sultan Muhammad al-Fateh: Menawan Konstantinopel pada usia 21 tahun.
- Salahuddin al-Ayubi: Memimpin misi besar menyatukan umat Islam pada usia 30-an.
- Imam al-Nawawi: Menulis karya agung (Riyadh al-Salihin) pada usia muda.
Perjuangan pemuda zaman Nabi SAW bukan hanya dengan pedang, tetapi juga dengan ilmu (seperti Ibnu Abbas RA), penulisan wahyu (Zaid bin Thabit RA), dan diplomasi antarabangsa (Ja’far bin Abi Talib RA).
Abdullah bin Abbas RA ialah simbol kematangan ilmu di usia muda. Beliau meriwayatkan 1,660 hadis dan mendapat doa khusus daripada Rasulullah SAW:
Rahsia kejayaan Ibnu Abbas RA:
- Lidah yang gemar bertanya dan hati yang sentiasa berfikir (faham).
- Sanggup menunggu di hadapan pintu rumah guru (sahabat Nabi) demi satu hadis.
- Bertanya kepada 30 orang sahabat untuk mencari jawapan bagi 1 masalah.
Mus’ab bin Umair ialah ikon transformasi spiritual. Beliau asalnya pemuda paling kaya dan tampan di Mekah, namun meninggalkan segalanya demi iman. Beliau diutus sebagai duta pertama Islam ke Madinah dan berjaya mengislamkan tokoh-tokoh besar.
Inspirasi bagi anak muda moden: Kebahagiaan sejati bukan pada harta yang dimiliki, tetapi pada nilai sumbangan kita kepada agama dan masyarakat.
Asma’ RA adalah simbol keberanian dan ketenangan dalam krisis. Beliau membawa bekalan makanan ke Gua Thur secara rahsia. Beliau digelar “Dzat an-Nitaqayn” (Wanita yang memiliki dua tali pinggang) kerana membelah tali pinggangnya untuk mengikat bekalan Nabi SAW.
Integriti Asma' RA: Beliau tetap teguh dan tidak membocorkan rahsia walaupun ditampar oleh Abu Jahal sehingga anting-antingnya terjatuh. Ini mengajar pemuda hari ini tentang kepentingan integriti dan berani berkata tidak kepada kebatilan.
Kematangan sebenar bukan diukur pada usia, tetapi pada takwa, ilmu, dan amanah. Pelantikan Usamah RA membuktikan Islam melihat pemuda sebagai potensi besar, bukan liabiliti.
Pemuda hari ini tidak lemah, mereka cuma perlu ditemukan dengan Tujuan Hidup yang besar. Kita perlu membina mereka melalui 4 elemen utama:
- Kekuatan Spiritual: Menjadikan solat dan zikir sebagai perisai melawan nafsu.
- Visi Khalifah: Memahami bahawa mereka bertanggungjawab memakmurkan bumi dengan ilmu.
- Literasi Digital: Menjadi "Mus'ab Digital" yang menyebarkan kebenaran di media sosial.
- Keyakinan Diri: Masyarakat perlu memberi kepercayaan kepada pemuda untuk memimpin perubahan.
Jihad moden bermaksud bersungguh-sungguh menggunakan tenaga untuk kebaikan dan melawan "Taghut" moden (ideologi merosakkan dan nafsu). Jihad hari ini merangkumi:
- Jihad Ilmu: Melawan kejahilan dan berita palsu (hoax).
- Jihad Ekonomi: Membina sistem kewangan yang adil dan membantu umat.
- Jihad Nafsu: Menjaga jati diri Muslim di tengah arus hedonisme.
- Jihad Dakwah: Menggunakan kepakaran teknologi untuk menyeru kepada kebaikan.
