SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
TELADANI RUMAH TANGGA RASULULLAH SAW
- Penerbit : Adib
Rasa takut apabila menerima tanggungjawab adalah perkara biasa, terutama apabila melibatkan sesuatu yang baru dan tiada kemahiran. Walau bagaimanapun, ketakutan ini boleh diatasi dengan pendekatan terbaik berlandaskan ilmu, kesedaran, dan keimanan.
Firman Allah SWT:
Antara cara untuk mengatasi kerisauan dalam mengambil tanggungjawab dan amanah perkahwinan ialah:
- Memahami konsep pernikahan ialah ibadah dan ruang melakukan amal soleh. Setiap amal soleh sudah pasti akan diganjari Allah dengan ganjaran yang lumayan. Firman Allah:
مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَMaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” [Surah al an’am ayat 160] - Melakukan persediaan dengan menambah ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam rumahtangga seperti ilmu agama, kewangan, kemahiran hidup dan komunikasi sesama pasangan. Khususnya ilmu agama kerana sabda Nabi SAW:
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِMaksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Dia akan memahamkan dia dalam urusan agama.” [HR Ibnu Majah, 220] - Melakukan perbincangan serius dan komunikasi terbuka bersama pasangan sebelum berkahwin. Sebelum menjadi suami isteri, kedua-duanya mestilah mempunyai mentaliti bahawa perkahwinan ialah seperti bergerak sebagai kumpulan bukan individu. Nilai kerjasama dan toleransi dalam kumpulan akan meringankan beban dan mengurangkan rasa takut dan risau.
Sabda Nabi SAW:
Pelajaran dari hadis ini ialah:
- Matlamat perkahwinan hendaklah untuk menjaga kehormatan diri, menjaga pandangan, menjaga diri dari perkara-perkara haram serta sebagai jalan untuk menjadi lebih bertakwa kepada Allah.
- Membentengi diri dari syahwat dan kemaksiatan dengan mengambil sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah.
- Seseorang yang mempunyai matlamat yang jelas dengan menjadikan pernikahan sebagai jalan ketakwaan pasti akan memastikan dirinya tetap menjaga diri dari yang haram walaupun sudah berkahwin.
Antara hak dan tanggungjawab sesama suami dan isteri ialah menjaga aib pasangan dan tidak menyebarkan cerita buruk pasangan kepada orang yang tidak sepatutnya. Menceritakan aib pasangan khususnya di media sosial adalah perkara serius yang boleh mengundang konflik yang lebih besar dan menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Hakikatnya, dengan menyebar luas masalah keluarga di media sosial akan menjadikan seseorang itu kurang rasional dalam membuat penilaian dan keputusan penting untuk rumah tangga, kerana mudah dipengaruhi dengan respon balas dari mereka yang tidak benar-benar memahami akar masalahnya sendiri.
Dalam satu hadis, Nabi ada menjelaskan tentang larangan menyebarkan aib atau rahsia pasangan:
Bahkan Nabi menyebutkan mereka yang menyebarkan rahsia pasangan ini sebagai manusia paling buruk kedudukannya di hari kiamat nanti.
Membuka aib pasangan adalah perbuatan yang ditegah syarak. Nabi SAW bersabda:
Nabi SAW juga sentiasa menjaga maruah isterinya. Misalnya dalam kisah Safiyah yang berasal dari keturunan Yahudi:
Namun, terdapat beberapa hal yang dibenarkan untuk menceritakan aib pasangan kepada orang tertentu misalnya dalam keadan meminta hukum/fatwa, atau ingin keluar dari kezaliman serta beberapa keadaan lain yang dibenarkan. Misalnya seperti situasi Hindun yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah:
Maka sekiranya berlaku konflik antara suami isteri, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan:
- Ambil masa untuk berkomunikasi sesama suami isteri, supaya setiap perkara yang terdapat perselisihan dan kekurangan pasangan yang menjadi punca masalah dapat dibaiki bersama.
- Membaiki kualiti masa antara suami isteri, kerana kadang-kala pasangan cenderung menceritakan perihal rumahtangga kepada orang lain kerana kurangnya masa bersama.
- Memperbaiki amal ibadah bersama pasangan. Kunci kebahagian dan keikhlasan rumahtangga bergantung kepada hubungan bersama Allah. Semakin kuat hubungan kita bersama Allah, semakin harmoni sesebuah rumahtangga. Jika semakin banyak kita bermaksiat kepada Allah, maka kita akan sentiasa merasa kurang dan bermasalah pada apa yang telah sedia ada.
Sekiranya keadaan sudah tidak mampu dikawal, maka rujuklah orang yang berautoriti dan dipercayai bagi membantu menyelesaikan konflik rumahtangga. Firman Allah:
Hadis ifki ialah hadis yang menceritakan tentang kaum munafik menuduh dan membuat cerita keji mengenai Aisyah dan Shafwan bin Muaththal iaitu sahabat nabi. Fitnah ini merupakan satu peristiwa yang sangat pahit untuk dihadapi oleh Ummu al-Mukminin Aisyah R.Anha dan berlarutan selama sebulan.
Allah SWT telah membersihkan nama Saidatina Aisyah R.Anha daripada fitnah itu dengan turunnya wahyu iaitu ayat 11-19, Surah al-Nur bagi menjelaskan hakikat sebenar yang berlaku:
Berdasarkan hadis ifki, banyak pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga.
Antara tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila berhadapan dengan cerita yang berkaitan dengan pasangan ialah:
- Menahan diri (tawaquf) dari mengeluarkan sebarang ucapan yang berisiko terjebak dalam kancah fitnah tersebut. Hal ini kerana kita hanya menghukum dari apa yang zahir semata, sedang Allah yang Maha Mengetahui akan perkara yang zahir dan juga tersembunyi.
- Menyelidik (tabayyun) dengan teliti agar dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Nabi SAW memberi amaran:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقMaksudnya: “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.” [HR Bukhari: 6477]
- Sabar dalam menghadapi cabaran / ujian fitnah yang menimpa.
- Sabar dalam menjaga aib pasangan juga merupakan cara untuk mendidik pasangan secara tidak langsung. Apabila pasangan melihat kesabaran kita dalam menghadapi kelemahan mereka, mereka akan berasa dihargai dan terdorong untuk memperbaiki diri. Dengan bersabar, kita juga mendidik diri sendiri untuk menjadi lebih kuat dan matang dalam mengendalikan perasaan dan cabaran perkahwinan.
Islam menekankan adab menjaga hubungan dengan mengelakkan buruk sangka tanpa alasan yang kukuh. Sikap buruk sangka ini hanya merosakkan hubungan suami isteri yang sepatutnya dibina atas dasar kepercayaan.
Perbuatan mencari kesalahan pasangan dan memikirkan perkara negatif terhadap pasangan adalah dilarang seperti peringatan Allah dalam Al-Quran. Firman Allah:
Tindakan mengintip dan mencari kesalahan pasangan dengan memeriksa telefon bimbit, dan akaun media sosial juga adalah perbuatan yang salah dan tidak amanah. Selain ia melanggar hak peribadi pasangan, tindakan itu juga menggalakkan tercetusnya pergaduhan antara suami isteri.
Sekiranya ada sebarang isu berkaitan pasangan (suami atau isteri), sebaiknya berdepan sendiri dengan pasangan dan mendapat jawapan terus daripadanya atas apa yang terjadi. Jika berlaku krisis, carikan orang tengah yang mampu mendamaikan kedua-dua pihak supaya masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Pernikahan dalam Islam adalah salah satu sunnah yang sangat dianjurkan, dan ia sering dikaitkan dengan pembukaan pintu rezeki. Islam melihat pernikahan sebagai jalan untuk menjaga kesucian diri, mendirikan keluarga, dan meraih keberkatan Allah SWT.
Dalam hal ini, terdapat dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyokong pandangan bahawa pernikahan membuka jalan rezeki. Firman Allah SWT:
Ayat ini menunjukkan janji Allah SWT bahawa kemiskinan tidak menjadi alasan untuk menangguhkan pernikahan kerana Dia akan mencukupkan rezeki hamba-Nya.
Rasulullah SAW bersabda:
Hadis ini menguatkan bahawa pernikahan, apabila dilakukan dengan niat yang benar, akan memperoleh pertolongan Allah termasuk dalam bentuk rezeki.
Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam menjalani kehidupan rumahtangga yang sederhana, penuh kasih sayang, dan bertumpukan kepada keberkatan. Kesederhanaan hidup Baginda bukanlah disebabkan oleh kekurangan rezeki, tetapi sebagai pilihan untuk mendidik umatnya tentang zuhud dan mengutamakan akhirat.
Kesederhanaan dari Segi Material: Dalam satu riwayat, Aisyah RA berkata:
Ini menggambarkan kehidupan Nabi yang sangat sederhana, tetapi baginda SAW tidak pernah mengeluh atau merasa kekurangan kerana keyakinan kepada Allah SWT.
Selain itu, Nabi SAW selalu menunjukkan kasih sayang kepada isterinya. Dalam satu hadis, Aisyah RA berkata:
Kesederhanaan Nabi SAW adalah cerminan bahawa fokus utama kehidupan adalah akhirat, bukan kemewahan dunia. Oleh itu, pernikahan adalah salah satu asbab yang boleh membuka pintu rezeki, sebagaimana dijanjikan oleh Allah SWT. Ia membawa keberkatan apabila dilakukan dengan niat yang ikhlas dan mengikut sunnah. Dalam masa yang sama, kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW adalah teladan dalam kesederhanaan, kasih sayang, dan keadilan, mengajar kita untuk menghargai nilai spiritual dan kebahagiaan.
Para ulama’ telah bersepakat secara ijma’ bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isteri. Allah SWT berfirman:
Untuk kadar nafkah pula, Imam Khatib al-Syirbini menyebut dalam karyanya:
Secara paling asasnya, nafkah wajib perlu diberi secara cukup & dengan cara yang baik:
- Makan dan minum (3x sehari).
- Pakaian sopan dan menutup aurat (2 pasang/setahun).
- Tempat tinggal yang selesa. (3 bilik termasuk ibu bapa, anak lelaki & anak perempuan, jika ada)
Namun begitu, nafkah ke atas isteri berbeza-beza mengikut tahap kehidupan (lifestyle) yang biasa dilaluinya sebelum berkahwin. Sebagai contoh, makan minum, pakaian dan tempat tinggal seorang puteri raja semestinya berbeza dengan makan minum, pakaian dan tempat tinggal seorang rakyat marhaen yang duduk di kampung. Maka perkara ini perlu diberi perhatian oleh lelaki sebelum mengahwini seseorang perempuan supaya tidak menzalimi mereka dan tidak membawa kepada pergolakan rumah tangga di kemudian hari.
Jika mengikut terma semasa kini adalah “perkahwinan sekufu”. Allah SWT berfirman:
Walaupun begitu, sebagai seorang isteri yang solehah dan taat kepada suaminya, adalah satu perkara yang tidak baik untuk kita menuntut nafkah secara berlebihan melebihi kemampuan suami.
Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran ketika mana para Ummahatul Mukminin (isteri2 Nabi SAW berpakat untuk meminta nafkah tambahan yang melebihi kemampuan Baginda SAW sehingga membuatkan Nabi terasa hati), ketika itu Saidina Umar RA datang menegur mereka (termasuk Hafsah RA) kemudian turunlah firman Allah SWT yang menyetujui Umar RA: [Tafsir al-Saadi, Jil. 7, hlm. 409-410]
Kesimpulannya, suami hanya Wajib berlaku adil kepada isteri (sama ada seorang atau lebih) dari sudut perkara yang boleh kita kawal sebagai manusia iaitu:
- Pemberian nafkah.
- Giliran bersama.
Sifat cemburu hadir kerana seseorang itu merasakan dirinya kurang disayangi berbanding yang lain. Kasih sayang terhadap seseorang adalah satu perkara yang tidak dapat kita kawal kerana ia merupakan naluri/perasaan seorang manusia. Dalam konteks ini, isteri Rasulullah berasa cemburu ke atas isteri Baginda yang lain atas sesuatu perkara.
Al-Qadhi Iyadh menyebut bahawa ini sifat semulajadi bagi seorang wanita dan ianya sedikit pun tidak mencalarkan akhlak ummahatul Mukminin. [Kamal al-Mu’lim Syarh Sahih Muslim, Jil. 7, hlm. 224].
Aisyah RA pernah menyebut:
Berkena poligami ini, Allah SWT berfirman:
Mengikut Ibn Arabi al-Maliki, adil yang dimaksudkan ialah sekiranya seorang lelaki itu mampu dari sudut hartanya dan keinginannya (nafkah batin) untuk berkahwin, maka lakukanlah. Adapun dari sudut kasih sayang, Allah SWT berfirman:
Jadi contoh Nabi SAW menguruskan situasi bilamana Saidatina Aisyah RA cemburu Baginda selalu menyebut nama Saidatina Khadijah RA walaupun selepas kematiannya adalah dengan:
- Menzahirkan perasaan Baginda yang tidak suka tentang perkara cemburu tersebut (berubah wajah Nabi SAW kemerah-merahan).
- Menjelaskan sebab sebenar supaya perasaan cemburu tersebut tidak berulang (memberitahu jasa dan kelebihan Khadijah yang berkorban sewaktu tempoh awal dakwah Nabi SAW).
Menegur pasangan dengan cara yang berkesan dan penuh kasih sayang adalah penting untuk menjaga keharmonian dalam hubungan. Namun teguran itu mesti dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Teguran mestilah pada waktu dan tempat yang tepat supaya ia dapat diterima dengan baik. Elakkan menegur ketika pasangan sedang sibuk, marah, atau tertekan. Sebaliknya, pilih waktu yang tenang, seperti selepas solat berjemaah atau ketika berehat dalam suasana santai di tempat yang privasi.
Antara pendekatan yang perlu dititikberatkan juga adalah jangan ungkit kesalahan masa lalu dan fokuskan teguran pada isu semasa agar pasangan merasa dihargai dan tidak diserang secara emosional. Gunakan kritikan konstruktif dengan menyertakan pujian atau penghargaan, seperti mengucapkan terima kasih atas usaha pasangan selepas memberikan teguran. Pendekatan ini membantu pasangan lebih terbuka dan menerima kritikan dengan baik.
Sebagai contoh, Nabi SAW menegur Sayidatina ‘Aisyah r.a dengan penuh hikmah. Baginda fokus menjelaskan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Sayidatina ‘Aisyah r.a tanpa meleret atau membahas hal-hal di luar topik kesalahan tersebut.
Terdapat juga contoh lain Nabi SAW menegur perbuatan yang kebiasaan dilakukan oleh perempuan, iaitu mengumpadan bergosip tentang keburukan orang lain.
Kesimpulannya, Nabi SAW telah mengajar kita cara berinteraksi dengan wanita termasuk dalam menegur pasangan supaya dapat membantu mengelakkan konflik dan membina hubungan yang lebih harmoni. Maka perlulah sentiasa ingat bahawa tujuan teguran adalah untuk memperbaiki diri dan hubungan, bukan untuk menyakiti hati pasangan.
Makna sekufu dalam konteks perkahwinan merujuk kepada kesetaraan atau kesepadanan antara pasangan dari berbagai aspek, termasuk pendidikan, harta, status sosial, dan terutama dalam amalan agama. Dalam Islam, konsep ini dianggap penting kerana ia dapat mempengaruhi keharmonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Sekufu bukanlah syarat sah untuk pernikahan, tetapi ia sering kali menjadi pertimbangan bagi pasangan yang ingin membina kehidupan bersama yang stabil dan bahagia. Kata Imam Ramli r.a dalam kitabnya;
Sebagai contoh kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah contoh yang jelas tentang bagaimana cinta dan saling menghormati dapat mengatasi perbezaan material. Khadijah adalah seorang wanita yang kaya dan berstatus tinggi dalam masyarakat Quraisy, sementara Nabi Muhammad pada awalnya adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Khadijah terpesona dengan keperibadian Nabi Muhammad yang jujur dan amanah semasa beliau bekerja sebagai peniaga untuknya. Meskipun terdapat perbezaan dalam status material, Khadijah memilih untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad kerana sifat-sifat mulia yang dimilikinya. Ini menunjukkan bahawa dalam hubungan, nilai-nilai moral dan keperibadian sering kali lebih penting daripada kekayaan material.
Khadijah bukan sahaja menyokong Nabi Muhammad secara emosional tetapi juga secara kewangan. Dia menggunakan kekayaannya untuk menyokong misi dakwah Nabi ketika beliau diangkat menjadi Rasul. Hubungan mereka adalah contoh ideal tentang bagaimana pasangan dapat saling melengkapi dan menyokong satu sama lain tanpa mengira latar belakang material.
Sekufu adalah konsep fleksibel yang bertujuan menjaga keharmonian perkahwinan, tetapi ia tidak mutlak dalam menentukan kesahihan perkahwinan. Maka Islam memberi penekanan kepada nilai taqwa, akhlak, dan keredhaan antara pasangan dan keluarga.
Sebaik-baik ikutan yang perlu kita contohi ialah junjungan besar Baginda Rasulullah. Ini kerana kehidupan Baginda Rasulullah penuh dengan kasih sayang sesama keluarga.
Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga, Rasulullah sentiasa bergaul secara baik dengan isteri dan ahli keluarga. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta berlemah-lembut terhadap isteri-isterinya termasuk tidak pernah memukul dan menghina mereka sebaliknya sabar dengan kerenah serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.
Meskipun Rasulullah dikenali sebagai pemimpin yang disegani, Baginda sentiasa peka dan mencuba sedaya-upaya agar isteri tidak tersinggung.
Antara contoh komunikasi dan pergaulan Baginda Rasulullah bersama dengan isteri baginda ialah:
- Memanggil isteri dengan panggilan manja
أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا: يا عائش، هذا جبريل يقرئك السلام. فقلت: وعليه السلام ورحمة الله وبركاتهMaksudnya: "Wahai 'Aisy (sebutan untuk Aisyah), ini adalah Jibril, ia menitipkan salam untukmu." Lalu aku menjawab: "Wa alaihissalam warahmatullah wabarakatuh." [HR Bukhari, 3557] - Makan dan minum daripada pinggan serta gelas yang sama
كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ، فَأُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ، وَأَتَعَرَّقُ الْعَرْقَ، وَأَنَا حَائِضٌ، فَأُنَاوِلُهُ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّMaksudnya: "Tatkala aku haid, aku minum. Kemudian aku memberikannya kepada Nabi SAW dan baginda meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku. Tatkala aku haid, aku memakan daging yang masih melekat di tulangnya, lalu aku memberikannya kepada Nabi dan baginda pun meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku." [HR Ahmad, 25594] - Meluangkan masa bersama
وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ بِاللَّيْلِ سَارَ مَعَ عَائِشَةَ يَتَحَدَّثُMaksudnya: “Rasulullah datang pada malam hari, kemudian beliau mengajak Aisyah berjalan-jalan dan berbincang-bincang.” [HR al-Bukhari, 4913]
Tugas pekerjaan bagi sesebuah keluarga pada awalnya dipikul oleh suami atau bapa. Ini sudah menjadi uruf dan adat. Begitu juga tradisi kebanyakan kaum serta bangsa.
Akan tetapi setelah arus kemajuan serta kehidupan mula berubah, wanita dan lelaki seolah-olah seiring bahkan berlumba-lumba sepertimana dalam bidang pendidikan serta mencari peluang pekerjaan.
Menguruskan pembahagian tugas dalam rumahtangga bersama pasangan memerlukan komunikasi yang baik, saling menghormati dan pemahaman terhadap keperluan serta kemampuan masing-masing.
Firman Allah SWT:
Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh diambil:
- Perbincangan Terbuka: Luangkan masa untuk berbincang tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Setiap pasangan boleh menyatakan keutamaan dan keinginan mereka dalam melaksanakan tugas tertentu.
- Pembahagian Berdasarkan Kekuatan: Kenal pasti kekuatan dan minat masing-masing. Jika seorang lebih suka memasak, biarkan dia mengendalikan dapur, manakala yang lain boleh mengambil tugas pembersihan atau menguruskan hal-hal luar.
- Pengaturan Jadual: Membuat jadual atau senarai tugas mingguan dapat membantu memastikan semua tanggungjawab dipenuhi dan mengelakkan salah faham.
- Fleksibiliti: Sentiasa bersedia untuk beradaptasi jika keadaan berubah. Ada kalanya satu pasangan mungkin lebih sibuk, jadi penting untuk saling membantu.
- Pujian dan Penghargaan: Berikan pengiktirafan kepada pasangan atas usaha mereka. Ini boleh menggalakkan mereka untuk terus terlibat dalam pengurusan rumahtangga.
Baginda Nabi SAW juga merupakan contoh teladan dalam menguruskan kerja rumah.
Yang terbaik dalam isu-isu sebegini ialah pasangan suami isteri mempunyai sikap belas kasihan dan saling tolong-menolong serta bertoleransi.
