SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
CABARAN PERKAHWINAN: MATERIAL VS IKHLAS
- Penerbit : Adib
Dalam Islam, keberkatan dalam perkahwinan dapat dicapai apabila pasangan mengutamakan taqwa kepada Allah, saling melengkapi, dan menjaga hak serta tanggungjawab masing-masing. Prinsip utama yang perlu dijadikan panduan adalah menjadikan perkahwinan sebagai jalan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kerjasama antara suami dan isteri dalam memikul beban kehidupan adalah asas penting untuk mencapai keberkatan. Dalam kehidupan rumah tangga, kedua-dua pasangan hendaklah saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya dalam menghadapi cabaran dan ujian hidup.
Prinsip ini juga menekankan pentingnya kesepakatan dan persefahaman dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Suami dan isteri harus menyokong antara satu sama lain, baik dari segi emosi, fizikal, mahupun spiritual, selaras dengan tuntutan Islam.
Selain itu, perkahwinan juga menjadi ikatan kasih sayang dan saling membantu, bukan hanya antara suami isteri, tetapi juga antara keluarga besar. Hubungan ini memperkukuhkan silaturahim, memperluas jaringan sokongan, dan membentuk masyarakat yang lebih kukuh. Keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang dan kerjasama akan menyumbang kepada kestabilan emosi dan rohani, bukan sahaja kepada pasangan tetapi juga kepada anak-anak dan generasi seterusnya.
Kesimpulannya, melalui kerjasama dan ikatan kasih sayang, pasangan dapat menyatukan usaha untuk mencapai manfaat bersama. Ini termasuk dalam aspek ekonomi, pendidikan anak-anak, serta mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan dirahmati Allah. Prinsip ini menjadikan perkahwinan bukan sekadar hubungan peribadi tetapi juga satu institusi sosial yang menyumbang kepada kemajuan umat.
Kejujuran ialah hal terpenting dalam setiap fasa kehidupan. Termasuk ketika menuju fasa berumahtangga dan ketika sudah memasukinya.
Firman Allah SWT:
Sabda Nabi SAW:
Sikap hipokrasi dan ketidakjujuran sebelum berkahwin sememangnya akan memberikan kesan buruk dalam rumahtangga jika ia tidak diperbetulkan. Antara kesannya:
- Pasangan akan mempunyai gambaran dan ekspektasi yang tidak realistik dan akhirnya mengharapkan lebih ketika sudah berkahwin. Harapan terhadap ekspektasi yang palsu akhirnya akan menyebabkan kekecewaan dan perselisihan faham.
- Fokus rumahtangga akan terarah kepada faktor aspek luaran seperti penampilan, status, kemewahan dan taraf hidup.
- Pasangan akan terperangkap dalam kepentingan materialisme. Maka setiap usaha yang dilakukan oleh pasangan akan kurang dihargai selagi mana ia tidak mencapai standard kemewahan yang biasa dilihat ketika sebelum berkahwin.
- Hilangnya kasih sayang dan kepercayaan bersama pasangan. Pasangan akan mudah saling bersangka-sangka antara satu sama lain, serta tidak yakin dengan kelebihan dan potensi pasangan.
- Hilang rasa berlapang dada dan ikhlas antara satu sama lain. Pasangan akan mudah cenderung untuk mencari-cari kesalahan, serta mula meremehkan pasangan ketika berlaku kesilapan dan kelemahan.
Hakikatnya, apa yang dibiasakan sewaktu berkenalan sudah pasti akan membina tanggapan dan harapan kepada pasangan. Namun jika sebaliknya yang berlaku ketika sudah berkahwin, pasangan akan dilema dengan rasa kecewa, rasa marah, dan malah lebih teruk jika ia berakhir dengan penceraian.
Maka, sebelum berkahwin setiap pasangan hendaklah berterus terang tentang latar belakang kehidupan, punca pendapatan, gaya hidup dan sebagainya. Kerana apabila sudah berumahtangga kita tidak lagi hanya bertanggungjawab ke atas diri kita, namun kita juga bertanggungjawab dengan kehidupan pasangan.
Kejujuran ialah kunci segala kebaikan dan kebahagiaan. Berimanlah dengan pesanan Allah dalam al-Quran serta Nabi daripada hadis. Tiada pedoman lain yang terbaik melainkan ianya datang dari Allah dan RasulNya.
Qanaah ialah merasa cukup. Seseorang yang jiwanya redha terhadap pembahagian rezeki yang telah ditentukan. Meninggalkan ketamakan terhadap sesuatu yang tiada, dan menganggap cukup dengan sesuatu yang ada.
Rasulullah SAW bersabda:
Imam Syafie Rahimahullah berkata:
فَاقْنَعْ وَلَا تَطْمَعْ فَمَا شَيْءٌ يَشِينُ سِوَى الطَّمَعْ
Sebahagian manusia merasa tidak bahagia kerana menggangap bahawa kecukupan itu ialah ketika banyaknya harta. Sedangkan harta ialah sesutau yang tidak akan habis untuk dikejar. Semakin kita cari, semakin kita akan merasa tidak cukup dan merasa bimbang.
Sedangkan Nabi SAW bersabda:
Dalam rumahtangga, sifat qanaah perlu dididik dan dipupuk bersama pasangan. Minda dan cara fikir berdasarkan nilai qanaah pasti dapat membantu pasangan suami isteri dalam menguruskan keinginan mereka terhadap kemewahan hidup.
Ketika qanaah menjadi antara asas dalam membawa halatuju perkahwinan:
- Pasangan tidak akan mudah membandingkan pencapaian harta dan kewangan keluarga dengan pasangan suami isteri yang lain.
- Membentuk persefahaman antara satu sama lain. Pasangan akan lebih mudah berbincang dan memahami kemampuan masing-masing tanpa tekanan untuk memenuhi kehendak yang melampaui batas.
- Fokus rumahtangga berubah daripada memenuhi kehendak-kehendak material, menjadi keperluan spiritual. Misalnya wang yang banyak tidak lagi digunakan untuk kepuasan berbelanja, tapi disalurkan kepada sesuatu yang boleh menguntungkan akhirat.
- Memudahkan pasangan untuk belajar hidup secara bersederhana. Kayu ukur kebahagiaan tidak lagi terletak kepada banyaknya duit, tetapi kepada nilai kasih sayang dan kesederhanaan dalam mengurus hidup berumahtangga.
Seseorang yang mencapai sifat qanaah, pasti mendapatkan keuntungan yang besar. Seperti sabda Nabi:
Betul, ekspektasi material yang terlalu tinggi boleh menjadi salah satu faktor utama mengapa ramai pemuda memilih untuk menangguhkan atau tidak berkahwin. Antaranya:
- Kos tinggi untuk berkahwin: Perbelanjaan majlis perkahwinan, hantaran, dan sebagainya sering dilihat sebagai beban.
- Antara hikmah Covid-19, masyarakat mula terbuka dan menerima bahawa kahwin tidak memerlukan majlis besar-besaran.
- Tekanan kewangan selepas berkahwin: Keperluan menyediakan tempat tinggal, kenderaan, atau gaya hidup tertentu boleh menjadi penghalang.
- Perbandingan sosial: Media sosial sering meningkatkan harapan masyarakat tentang “perfect marriage” yang menyebabkan pasangan muda berasa tidak mampu untuk memenuhi ekspektasi sosial. Contoh: Selepas kahwin mesti honeymoon ke tempat-tempat mewah untuk update posting dan OOTD. Perlu memberi hadiah mewah setiap kali birthday & anniversary.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Apabila ikatan perkahwinan itu menjadi MAHAL, maka zina akan menjadi MURAH (berleluasa).
Mengikut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seramai 17,646 remaja telah hamil sebelum berkahwin dalam tempoh lima tahun lalu. Ini bermaksud secara purata, setiap hari terdapat 9 ke 10 anak luar nikah yang dilahirkan dan ini hanyalah dari apa yang dilaporkan sahaja.
Namun Islam mengajar kita tentang cara bagi menghindari dari melakukan maksiat selama kita belum berkahwin atas faktor-faktor tertentu. Nabi SAW bersabda:
Situasi di atas juga sesuatu yang biasa terjadi dalam perkahwinan, terutamanya apabila melibatkan pandangan keluarga atau mentua. Berikut adalah beberapa pandangan dan cadangan berdasarkan Islam:
Pentingnya Menjaga Hubungan dengan Mertua
sebagai menantu, adalah penting untuk menunjukkan hormat, kesabaran, dan kebijaksanaan dalam berurusan dengan mereka, walaupun terdapat perbezaan pandangan.
Allah SWT berfirman:
Mertua kita juga adalah merupakan orang tua kita kerana perkahwinan dengan anaknya telah membenarkan kita untuk bersalaman, melihat sebahagian auratnya bahkan diharamkan berkahwin dengannya.
Komunikasi dengan Hikmah
Jelaskan situasi sebenar dengan lemah lembut. Sebagai contoh:
- Terangkan bahawa semua pasangan melalui cabaran dalam kehidupan.
- Tekankan bahawa anda dan pasangan sedang berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Banyakkan bersabar dan berdoa.
Ibu bapa ini niatnya murni, cuma ingin melihat anak dan menantunya menjalani kehidupan yang selesa dan baik.
Amalkan doa:
Bersama-sama tingkatkan kualiti hidup.
Islam menyuruh kita untuk memberi yang terbaik yang mampu kita berikan kepada keluarga dan tanggungan kita. Maka kita perlu sentiasa berusaha untuk menaiktaraf kehidupan kita dari masa ke masa. Allah SWT berfirman:
Dalam perkahwinan, ilmu dan kefahaman adalah asas penting untuk membina rumah tangga yang harmoni dan penuh keberkatan. Salah satu cabaran utama ialah ego, yang sering menjadi penghalang dalam usaha mempelajari ilmu berkaitan rumah tangga.
Langkah pertama untuk menangani masalah ego ini adalah mengakui dan memahami bahawa perkahwinan adalah amanah dan tanggungjawab yang besar.
Keduanya adalah dengan merendahkan ego dan menanam sifat tawaduk. Ego menghalang seseorang untuk belajar dan memahami ilmu rumah tangga. Kebiasaannya berpunca daripada mekanisme pertahanan diri seperti rasa malu, takut disalahkan, atau keengganan mengakui kelemahan.
Seterusnya, konsep self-awareness atau kesedaran diri sangat penting. Kesedaran diri melibatkan muhasabah untuk mengenali bagaimana dengan melakukan perubahan sikap dan mendalami ilmu tentang rumah tangga adalah pelaburan yang penting untuk kebahagiaan jangka masa panjang.
Selain itu, membina cara fikir, iaitu keyakinan bahawa kemampuan untuk belajar dan berubah boleh berkembang melalui usaha dan pengalaman. Individu yang mempunyai cara fikir ini lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah melalui ilmu dan pengalaman. Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya untuk sentiasa menaiktaraf diri masing-masing.
Akhir sekali, adalah penting untuk membina sistem sokongan, seperti meningkatkan iman, ilmu dan amal melalui medium kuliah agama, mentadabburi Al Quran, serta mendapatkan nasihat daripada pasangan atau keluarga yang lebih berpengalaman.
Islam menetapkan tanggungjawab memenuhi nafkah terhadap isi keluarga di atas bahu para suami. Oleh itu suami mempunyai bebanan yang amat besar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Pemberian tersebut adalah mengikut kemampuan suami sebagaimana firman Allah SWT:
Perihal penetapan kadar nafkah suami kepada isteri, para ulama menyatakan tanggungjawab nafkah yang wajib diberi adalah keperluan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perkakas dapur dan rumah, alat kebersihan diri dan juga pembantu rumah (bagi suami yang mampu). [al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr.) Jld. 10 hlm. 7349]
Menurut mazhab mazhab syafi’i, pihak yang diambil kira dalam penentuan nafkah adalah berbeza-beza mengikut jenis nafkah. Bagi nafkah makanan, yang diambil kira adalah kemampuan suami sahaja sama ada susah, sederhana atau senang. Bagi pakaian pula, bilangan pakaian yang wajib diberi adalah bergantung kepada keperluan isteri manakala kualiti pakaian adalah bergantung kepada kemampuan suami. Manakala bagi nafkah tempat tinggal pula perlu disediakan mestilah yang bersesuaian dengan kelayakan isteri. Hal ini kerana isteri tiada pilihan melainkan untuk tinggal bersama suami di rumah yang disediakan, maka disebabkan itu tempat tinggal yang disediakan mestilah sesuai dengan isteri.
Namun begitu, dalam pengamalan di Malaysia, terdapat satu sistem dibangunkan dan digunakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah dalam membuat taksiran nafkah mengikut kriteria tertentu seperti pendapat bapa, bilangan anak dan sebagainya. Oleh itu, boleh dirujuk laman sesawang berkenaan dan gunakan kalkulator yang disediakan melalui pautan https://www.jakess.gov.my/enaf/
Tentu sekali ibubapa bertanggungjawab dalam memberi pendidikan dan tarbiah buat anak-anak. Hal ini kerana anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu dibentuk oleh ibubapa.
Sebagaimana hadis:
Kesan jangka panjang kepada anak-anak apabila ibu bapa lebih fokus kepada nilai materialisme dalam keluarga boleh memberi impak yang besar terhadap perkembangan mental, emosi, dan sosial mereka. Berikut adalah beberapa kesan utama:
Kurang Kemahiran Sosial dan Emosi
Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang lebih mengutamakan materialisme mungkin kurang diajar untuk menghargai nilai-nilai emosi seperti kasih sayang, empati, dan kerjasama. Mereka mungkin lebih menilai hubungan berdasarkan apa yang seseorang dapat beri (material) daripada hubungan yang berasaskan kepercayaan dan sokongan emosi. Ini boleh menyebabkan mereka kurang kemahiran dalam membina hubungan yang sihat dan berterusan dengan orang lain.
Kurang Kepedulian Terhadap Nilai Moral dan Etika
Dalam keluarga yang lebih mementingkan materialisme, anak-anak mungkin kurang diberi penekanan terhadap nilai moral, etika, dan tanggungjawab sosial. Mereka mungkin mula menganggap bahawa kejayaan hidup lebih bergantung kepada kekayaan atau kepemilikan material daripada kepada usaha, kebaikan, atau sumbangan positif kepada masyarakat. Ini boleh mengurangkan rasa tanggungjawab terhadap komuniti atau alam sekitar.
Kemungkinan Terjadinya Ketidakseimbangan dalam Kehidupan
Jika ibu bapa terlalu fokus kepada nilai materialisme, anak-anak mungkin tidak belajar tentang pentingnya keseimbangan dalam hidup. Mereka mungkin akan memberi keutamaan kepada kerja atau kejayaan material berbanding dengan aspek lain seperti kesihatan, kesejahteraan mental, atau hubungan kekeluargaan yang harmoni. Ini boleh membawa kepada masalah seperti keletihan, kehilangan tujuan hidup, atau perasaan kesepian di kemudian hari.
Secara keseluruhan, jika ibu bapa terlalu fokus pada materialisme, ia boleh mempengaruhi banyak aspek kehidupan anak-anak, dari cara mereka melihat diri mereka sendiri dan orang lain, hingga kepada bagaimana mereka mengukur kejayaan dan kebahagiaan. Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa menyeimbangkan nilai materialisme dengan nilai-nilai lain yang lebih mendalam, seperti kasih sayang, kejujuran, tanggungjawab, dan semangat berbakti.
