SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
IPAR DAN BATAS SYARAK
- Penerbit : Adib
Islam sangat menitikberatkan soal akhlak, hubungan kekeluargaan (silaturahim), dan keutuhan institusi keluarga secara keseluruhan. Hubungan baik dengan ipar termasuk dalam konsep silaturahim, yang sangat dituntut dalam Islam. Allah SWT berfirman:
Imam at-Tabari menjelaskan perihal ayat di atas:
Islam sangat menitikberatkan batas pergaulan dengan ipar, walaupun mereka ahli keluarga, mereka masih bukan mahram dan ia boleh menimbulkan fitnah dan sangkaan buruk orang ramai. Nabi SAW bersabda:
Hadis ini menjadi peringatan bahawa walaupun ipar merupakan ahli keluarga, batasan syariah tetap perlu dijaga bagi mengelakkan fitnah, salah faham, dan konflik rumah tangga.
Kemudiannya, hubungan baik dengan ipar juga mencerminkan keperibadian dan akhlak seorang Muslim yang matang. Nabi SAW bersabda:
Bila akhlak baik ditunjukkan dalam hubungan ipar-duai, maka suasana rumah tangga menjadi tenang dan tidak tegang, dan tidak timbul isu-isu sensitif kerana semua dapat mengawal diri.
Aspek yang penting apabila hubungan ipar dijaga, anak-anak yang membesar, akan belajar tentang nilai hormat, toleransi, dan silaturahim. Ini adalah didikan tidak langsung yang sangat berharga untuk pembentukan peribadi anak-anak.
Kesimpulannya, hubungan harmoni dan beradab dengan ipar-duai adalah penting dalam Islam untuk menjaga silaturrahim, memastikan keharmonian rumah tangga, serta memberi ketenangan jiwa. Ia juga mencerminkan akhlak Islam yang baik, mengelakkan fitnah, dan memberikan sokongan sosial serta emosi dalam keluarga.
Islam sangat menekankan pentingnya menjaga hubungan baik dalam keluarga, termasuk dengan ipar-duai, walaupun ada perbezaan latar belakang atau sikap.
Islam mengajar umatnya untuk berakhlak mulia dan bersopan santun dalam setiap interaksi, termasuk dengan ipar. Allah SWT berfirman:
Walaupun wujud perbezaan latar belakang, sikap atau pandangan, kita tetap dituntut untuk menghormati dan berkomunikasi dengan adab.
Untuk membina hubungan baik dengan ipar yang kurang mesra, berbuat baiklah walaupun tidak dibalas, kerana setiap kebaikan tetap dinilai oleh Allah SWT, walau sekecil zarah.
Sikap membalas dengan kebaikan boleh melembutkan hati, bahkan hubungan yang renggang pun boleh menjadi rapat.
Seterusnya, setiap orang dibentuk oleh latar belakang dan cara berfikir yang berbeza. Kita diajar untuk memahami, bukan menghukum, dan sentiasa mencari titik persamaan dalam perbezaan.
Selain itu, berbuat baik dan menggunakan bahasa yang sopan adalah sangat dituntut, namun kita juga perlu menjaga batas pergaulan dengan ipar yang berlainan jantina, kerana jika tidak, ia boleh menimbulkan fitnah dan membangkitkan persepsi negatif dalam kalangan mereka dan masyarakat.
Namun, hati manusia sering berbolak balik. Maka, doa adalah elemen penting dalam usaha membina hubungan mesra, terutama dengan mereka yang kurang mesra dengan kita. Doa dalam keadaan tidak diketahui oleh saudaranya adalah mustajab:
Kesimpulannya, perbezaan latar belakang kadang kala akan menimbulkan salah faham atau kekurangan kemesraan antara ipar. Namun, Islam mengajar kita untuk menghadapinya dengan sabar, akhlak, dan doa yang baik.
Islam mengajar untuk menjaga batas pergaulan khususnya antara adik-beradik bukan mahram kerana situasi mereka lebih mudah terjerumus kepada maksiat.
Nabi SAW bersabda:
Adalah lebih baik untuk mereka yang telah berkahwin mempunyai tempat tinggal sendiri supaya tidak terbuka pintu fitnah yang boleh berlaku dalam keluarga ipar.
Islam tidak melarang untuk tinggal bersama secara mutlak. Namun, Islam menyuruh untuk sebenar-benar menjaga batas mengikut kemampuan.
Islam menggariskan 2 batasan sebagai bimbingan apabila duduk serumah:
Aurat atau penampilan zahir
Nabi SAW berkata kepada Asma’ RA:
- Wanita yang duduk bersama adik-beradik ipar dalam satu rumah wajib menjaga auratnya walaupun di dalam rumah dengan memakai tudung dan berpakaian sopan.
- Tentang aurat kaki, adalah seeloknya memakai kain sarung atau seluar yang labuh sebagai langkah mengurangkan aurat yang terdedah ketika berada di rumah bersama yang bukan mahram kerana keadaan yang menyukarkan wanita untuk menguruskan hal rumah dan kerja-kerja di dapur.
- Selain itu, berhati-hati ketika berada di tempat seperti bilik tidur atau bilik air kerana aurat badan dan bilik lebih mudah terdedah di situ.
Ikhtilat atau interaksi berlainan jantina
Allah SWT berfirman:
- Islam mengajar wanita untuk menundukkan pandangan kerana dengannya rosaklah hati apatah lagi dalam situasi harian ketika di rumah tersebut.
- Wanita juga tidak seharusnya melunakkan suara dengan manja dan menggoda. Firman Allah SWT:
Namun, batasan ini tidak menafikan perlunya menjaga silaturrahim antara ahli keluarga. Allah SWT berfirman:
Maka, wanita wajib menjaga maruah dirinya ketika tinggal bersama keluarga ipar di rumah yang sama di samping berakhlak mulia sesama ahli keluarganya.
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika ramai orang duduk serumah seperti keluarga ipar maka tanggungjawab dan tugasan adalah atas diri semua ahli keluarga itu selagi mana ia bukanlah nafkah wajib ke atas suami. Kaedah fiqh menyebutkan:
Kalau sudah menjadi uruf masyarakat bahawa semua penghuni rumah berkongsi beli barang dapur dan bayar bil maka itu dianggap seperti perjanjian walaupun tanpa tidak disebut secara lisan atau bertulis. Tidak boleh satu pihak sahaja tanggung semuanya tanpa kerelaan.
Perkara ini melibatkan prinsip tanggungjawab terhadap apa yang ada ke atasnya serta prinsip muafakat sesama ahli keluarga. Tidak sewajarnya adik ipar yang tinggal dan mengambil manfaat seperti makanan dan air di rumah iparnya tanpa memberi sumbangan.
Allah SWT berfirman:
Dalam situasi ini, terdapat beberapa cara untuk menegur keluarga ipar yang bersikap lepas tangan daripada tanggungjawab bersama ini:
- Berbincang dan musyawarah
Allah SWT berfirman:
وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْMaksudnya: “Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;” [Surah al-Syura, ayat 38]Ahli keluarga dan penghuni rumah termasuk ipar duai perlu tahu dan sedar tentang tanggungjawab apabila menumpang atau berkongsi tempat tinggal dengan orang lain. Mereka perlu berbincang tentang perancangan dan pengurusan rumah dan tanggungjawab perlu dibahagikan secara adil dan jelas untuk mengelakkan keculasan dalam menunaikannya. - Menggunakan kata-kata yang baik
Allah SWT berfirman:
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًاMaksudnya: “Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik” [Surah al-Baqarah, ayat 83]Perkataan yang baik dapat melembutkan hati dan boleh menjadi asbab orang lain yang keras hatinya untuk mendengar kata dan nasihat. Tidak perlu menyebut-nyebut siapa yang lebih banyak berkorban atau merendahkan orang lain. Sebaliknya, berikanlah nasihat yang membina dan mendorong keluarga ipar untuk melaksanakan tanggungjawabnya. - Menunjukkan contoh yang baik
Salah al-Khalidi berkata:
إن لسان الحال في الإسلام أبلغ من لسان المقال، والمعتمد في الإسلام هو العمل الذي يصدق القول، ولا يُلتفت لقول لم يصدقه العملMaksudnya: “Sesungguhnya perbuatan itu dalam Islam lebih berkesan daripada kata-kata, dan yang diiktiraf dalam Islam ialah amalan yang membenarkan kata-kata. Maka tidak dipandang kata-kata yang tidak dibuktikan oleh perbuatan” [Rujuk: Taswibat fi Fahmi Ba’di al-Ayat, ]Nasihat yang diselangi dengan contoh yang baik menzahirkan ketelusan dalam memberi nasihat. Orang lain nampak kesungguhan dan kejujurannya dalam berkata-kata. Tindakan yang jelas akan menjadi contoh kepada penghuni rumah yang lain dan kesannya lebih kuat dalam mendorong mereka untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab mereka.
Maka, penghuni rumah dan keluarga ipar yang hidup bersama perlulah bermuafakat dan berperanan dalam melaksanakan tanggung jawab bagi mewujudkan keharmonian dan keeratan silaturrahim sesama mereka.
Hubungan ipar-duai yang mana adalah status mahram, namun bertempoh, tidak mahram selamanya. Tempoh itu adalah selagi mana pasangan suami isteri itu masih bersama, adapun jika telah berpisah maka bekas suami boleh bernikah dengan adik beradik isteri dan juga sebaliknya.
Oleh itu, hubungan antara mereka (ipar-duai) hendaklah dipelihara dan dijaga sebaiknya kerana mereka sebenarnya masih lagi mampu untuk mendirikan rumahtangga baharu jika hubungan sedia ada telah terpisah.
Hal ini berkaitan dengan isu curang antara ipar-duai, maka benarlah sabdaan baginda SAW:
Hubungan yang melebihi batasan syariat antara ipar-duai inilah yang menjadi punca kecurangan seperti yang menjadi isu di atas.
Imam al-Nawawi mengulas: “Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut) dalam hadis tersebut ialah tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain. Tidak dinafikan kebarangkalian berlaku khalwat dengan ipar duai walaupun hukum ipar berbeza dengan ajnabi, iaitu ipar merupakan mahram sementara yang haram dinikahi manakala wanita ajnabi tidak haram untuk dinikahi … Maksud al-Maut di dalam hadis ialah kebinasaan dan kemusnahan dalam kehidupan yang mana ipar duai lebih utama dilarang dan dijauhi berkhalwat. Ini kerana berdua-duaan dengan ipar duai membawa kepada fitnah dan kebinasaan di dalam agama.” [Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 14/154]
Dalam situasi seorang isteri mendapati suaminya berkhianat dengan adik iparnya (iaitu darah dagingnya sendiri), beberapa aspek yang perlu diambil kira:
- Tenang dan Kuatkan Hati
Bertenang dahulu. Emosi marah dan kecewa perlu dikawal agar tidak membuat keputusan terburu-buru seperti menjerit atau menyalahi adik ipar tanpa bukti kukuh. - Kenal Pasti Punca
Contohnya:- Kurang komunikasi: Suami rasa tidak “didengar” di rumah, lalu mencari ‘tempat selesa’ di luar.
- Campur baur tanpa batas: Adik ipar kerap datang rumah tanpa kawalan aurat atau sentuhan serta bermesra, lalu menimbulkan fitnah.
- Langkah Praktikal Menghadapi Suami Yang Khianat
- Hadkan pergaulan dengan adik ipar. Jika adik ipar tinggal serumah, minta supaya setting semula pembahagian ruang atau dia tinggal di tempat lain buat sementara.
- Pertimbangkan kaunseling perkahwinan. Klinik agama (JAKIM/JAWI) atau kaunselor Islam boleh membantu atasi luka emosi dan membina semula kepercayaan sesama pasangan.
Maka, hendaklah hadapi situasi berkenaan dengan tenang dan berhikmah agar semuanya berjalan dengan baik dan penyelesaian yang elok dipersetujui bersama.
Status antara ipar-duai adalah haram muaqqat iaitu haram untuk dinikahi dalam tempoh waktu tertentu. Oleh itu, mereka perlulah memelihara batasan aurat dan adab pergaulan ketika berinteraksi antara satu sama lain bukan seperti mahram yang lain.
Dalam kehidupan berumah tangga, pertelingkahan antara suami isteri bukanlah sesuatu yang asing. Kadangkala, niat baik anggota keluarga—terutamanya ipar—untuk membantu mendamaikan pertikaian boleh pula menambahkan kekusutan jika tidak dilaksanakan dengan adab dan ilmu yang betul.
Berikut garis panduan dan batasan adab campur tangan ipar apabila berlaku perselisihan antara suami isteri:
- Niat Ikhlas dan Tujuan Mendamaikan
- Niatkan ikhlas karena Allah; bukan untuk mengambil hati sebelah atau mengungkit keberanian diri.
- Tujuan utama adalah memelihara mahligai rumah tangga, menegakkan keadilan dan kasih sayang, bukan menambah keruh. Firman Allah SWT:
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَٱبْعَثُوا۟ حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِۦ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَآ إِن يُرِيدَآ إِصْلَـٰحًا يُوَفِّقِ ٱللَّهُ بَيْنَهُمَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًاMaksudnya: “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.” [Surah al-Nisa’, ayat 35]
- Rahsiakan Aib, Utamakan Hikmah
- Tutup aib pasangan; jangan bercerita kepada orang lain atau membuka kelemahan mereka.
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِMaksudnya: “Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” [HR al-Bukhari, 2442] - Sampaikan nasihat dengan kalam hikmah (lembut dan beradab), bukan menghina atau memarahi.
ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِMaksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.” [Surah al-Nahl, ayat 125]
- Tutup aib pasangan; jangan bercerita kepada orang lain atau membuka kelemahan mereka.
- Dengarkan Kedua-dua Pihak Secara Seimbang
- Beri peluang setiap pihak luahkan keluh kesah tanpa prejudis.
- Elak menghakimi sebelah pihak sebelum mendengar penjelasan penuh.
يَـٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـانُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” [Surah al-Ma’idah, ayat 8]
- Bantu Mereka Cari Solusi Sendiri
- Tugas penengah ialah membimbing, bukan menyelesaikan setiap masalah untuk mereka.
- Galakkan suami isteri untuk bermuafakat dan bertawakal kepada Allah bersama.
- Sediakan pilihan jalan keluar, tetapi biar mereka memilih jalan yang paling sesuai.
- Rujuk Kaedah Syariat jika Gagal Mendamaikan
- Sekiranya wakil keluarga gagal mendamaikan, Islam membenarkan merujuk kepada hakim syariah atau orang alim yang adil.
- Langkah ini diambil demi keadilan dan kebajikan semua pihak.
Dalam era media sosial di mana setiap komen, perkongsian, dan perbualan mudah tersebar, interaksi terbuka antara adik-beradik dan ipar boleh menjejaskan keharmonian keluarga sekiranya adab tidak dijaga dengan baik.
Antara kesan dan cabaran utamanya:
Pendedahan Aib dan Perbincangan Dalaman
Mengongsikan perincian konflik rumahtangga dalam kumpulan WhatsApp keluarga atau di Facebook menjadikan aib suami isteri mudah tersebar. Sekali ia tular—walau hanya dalam kalangan kecil—telefon bimbit boleh dijadikan bahan untuk mengata atau memburuk-burukkan antara satu sama lain.
Dalam Islam, menutup aib orang lain adalah satu kebaikan besar; sebaliknya, membuka aib boleh sampai hukuman dosa ghibah (mengumpat) dan nifaq (munafik) jika bertujuan mencemuh atau menjatuhkan.
Gosip, Fitnah dan Salah Faham
Emoji, nada penulisan atau mesej ringkas tanpa konteks mudah disalahtafsir. Apa yang dimaksudkan sebagai gurauan kadangkala dianggap mencerca. Kecenderungan untuk forward mesej tanpa pengesahan pula boleh menabur fitnah atau khabar angin dalam kalangan ahli keluarga lain yang bakal membuka peluang pertelingkahan baru.
Perang Persepsi
Di media sosial, mesej-mesej yang selari dengan pendapat sendiri cenderung mendapat “like” dan “share” lebih banyak di mana mengukuhkan lagi perspektif tertentu tanpa memberi ruang untuk pandangan berlawanan.
Oleh sebab itu, hendaklah interaksi menggunakan medium zaman moden kini perlu dikawal agar dapat mengurangkan risiko kerosakan hubungan kekeluargaan.
Antara langkahnya adalah:
- Batasan Platform dan Kumpulan (group)
- Gunakan kumpulan privasi khusus untuk hal-hal ringan (majlis rumah terbuka, tazkirah ringkas) dan elakkan membincangkan masalah rumahtangga di situ.
- Pisahkan kumpulan sokongan emosi (contoh: hanya suami-isteri dengan kaunselor keluarga/ustazah) daripada kumpulan adik-beradik/ipar.
- Jaga Bahasa dan Nada
- Gunakan lafaz lembut—elak emoji sarkastik atau kata-kata sinis—kerana tulisan di skrin tiada intonasi suara.
- Privasi dan Kerahsiaan
- Hormati kehendak pasangan untuk tidak berkongsi hal tertentu. Jika isteri atau suami mahukan masalah diselesaikan antara mereka berdua atau dengan orang ketiga (kaunselor), hormati pilihan itu.
- Jangan screenshot perbualan peribadi dan sebarkan di platform lain tanpa keizinan.
Interaksi terbuka di media sosial antara adik-beradik dan ipar memang berpotensi menambah keruh perhubungan keluarga sekiranya tidak dikawal. Namun dengan adab Islam—menjaga rahsia, memilih saluran komunikasi yang betul, serta mengamalkan kelembutan dalam tutur kata—media sosial boleh juga dijadikan ruang memperkuat kasih sayang, bukan memecah-belah.
