SOAL JAWAB | DURASI MEMBACA: 13 MINIT
HARMONI ADIK BERADIK
- Penerbit : Adib
Dalam Islam, menjaga hubungan silaturahim dengan kerabat adalah salah satu perintah Allah yang sangat ditekankan. Ini kerana hubungan kekeluargaan bukan sekadar ikatan darah, tetapi juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat serta memperoleh keberkatan hidup.
Rasulullah SAW juga ada menegaskan bahawa menjaga hubungan dengan kerabat membawa keberkatan dalam hidup, baik dari segi rezeki mahupun umur yang penuh dengan kebaikan.
Kerabat merujuk kepada mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan berdasarkan nasab (keturunan) dan perkahwinan. Ini termasuk ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, anak-anak, serta ahli keluarga yang lebih jauh seperti sepupu dan bapa/mak saudara. Namun, hubungan persaudaraan sesama Muslim juga perlu dipelihara, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Hujurat
Selain itu, Islam memberikan tanggungjawab kepada kita agar memberi teguran dan memelihara kaum kerabat masing-masing agar dihindari dari azab api neraka.
Sebagai kesimpulan, menjaga hubungan dengan kerabat bukan sekadar tuntutan agama, tetapi juga asas kepada kestabilan sosial dan kesejahteraan hidup. Hubungan kekeluargaan yang harmoni melahirkan masyarakat yang penuh dengan nilai kasih sayang, saling membantu, dan berdaya maju. Islam melihat silaturahim sebagai pelaburan jangka panjang yang bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan duniawi, tetapi juga menjadi penyebab seseorang mendapat rahmat Allah di akhirat.
Dalam Islam, ikatan silaturahim bukan sekadar hubungan darah daging semata-mata tetapi ia juga satu kewajipan spiritual yang memberi kesan kepada jiwa dan keberkatan hidup. Hubungan antara adik-beradik perlu dipelihara sebaiknya dan jangan sampai menjadi renggang. Antara perkara yang perlu dilakukan untuk memperbaiki hubungan renggang adik beradik ialah:
Memahami Kelebihan Menyambung Silaturrahim
Hadis ini menggambarkan menyambung hubungan adik-beradik membawa keberkatan rezeki dan umur yang panjang.
Memulakan Salam dan Memberikan Hadiah
Salam dan hadiah melembutkan hati dan menghapuskan perselisihan.
Menjaga Hak-hak Sesama Adik-beradik
Dilarang memutuskan hubungan lebih dari tiga hari, maka wajib berusaha untuk berbaik semula.
Mengingatkan Tentang Ganjaran dan Ancaman
Memutuskan hubungan keluarga adalah dosa besar dan menghalang masuk syurga.
Kesimpulannya, Menjalin kembali hubungan dengan kesabaran, doa, salam, hadiah, dan mengingati ganjaran akhirat adalah cara terbaik untuk memperbaiki hubungan adik-beradik. Apabila berlaku perselisihan atau pertelagahan, amalan saling memaafkan perlu dijadikan budaya dalam hubungan sesama insan. Dari sudut psikologi Islam, memaafkan bukan sekadar melapangkan hati, tetapi juga meredakan emosi serta mencerminkan kekuatan spiritual yang mampu mengatasi ego dan menghapuskan dendam.
Kisah Nabi Yusuf dan adik-beradiknya telah dicatatkan dalam al-Quran Surah Yusuf. Antara intipati dari surah itu ialah:
Daripada kisah ini, terdapat beberapa pelajaran penting yang perlu diteliti:
- Hasad dengki membawa kemusnahan. Hasad dengki ialah sifat yang terlarang dalam Islam, bahkan Allah memerintahkan kita agar meminta perlindungan Allah dari kejahatan manusia yang dengki. Daripada kisah adik-beradik Yusuf, kita dapat melihat bahawa hasad dengki mereka terhadap Nabi Yusuf telah membawa mereka kepada kerosakan. Nabi SAW bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَMaksudnya: “Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.” [HR Abu Daud, 4903]Namun, terdapat hasad yang dibenarkan dalam Islam iaitu ghibtoh. Sabda Nabi SAW:لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَاMaksudnya: “Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya.” [HR al-Bukhari, 73]
- Laksanakan tabayyun ketika mendapat sesuatu berita. Berdasarkan penipuan adik-beradik Nabi Yusuf terhadap ayahnya Nabi Yaakob, kita dapati bahawa orang yang mempunyai hasad akan cenderung untuk mneyebarkan cerita yang palsu. Maka untuk selamat dan tetap atas kebenaran, hendaklah menjalankan tabayyun atas setiap berita yang disampaikan.
- Kesabaran atas musibah dan ujian. Peribadi Nabi Yusuf yang mempunyai jiwa yang kuat walaupun telah dianiaya oleh adik-beradiknya, seharusnya menjadi contoh buat kita ketika mempunyai konflik antara satu sama lain. Firman Allah SAW:
فَصَبْرٌۭ جَمِيلٌۭ ۖ وَٱللَّهُ ٱلْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَMaksudnya: “Bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.” [Surah Yusuf, ayat 18]
- Keikhlasan dan kepercayaan terhadap qada dan qadar. Sama ada ianya ialah musibah atau kesenangan, kepercayaan terhadap Qada dan Qadar ialah kekuatan buat setiap Mukmin untuk sentiasa bertahan. Firman Allah:
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍۢ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌۭMaksudnya: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [Surah al-Hadid, ayat 22]
- Memaafkan dan tidak berdendam sesama saudara. Nabi Yusuf tidak membalas dendam terhadap saudara-saudaranya walaupun dia berkuasa untuk berbuat demikian setelah menjadi pembesar Mesir. Sebaliknya, baginda memilih untuk memaafkan mereka. Firman Allah:
قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ ٱلْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَMaksudnya: “Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.” [Surah Yusuf, ayat 92]
Berdasarkan kisah Nabi Yusuf dan adik-beradiknya, kita fahami bahawa realiti hidup dalam keluarga pasti ada pahit dan cabarannya. Dan sudah pasti kasih sayang yang didasari dengan ketaatan kepada Allah pasti akan mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga.
Reaksi bagi situasi seperti ini memerlukan pendekatan emosi yang matang, komunikasi berhemah, serta kefahaman tentang konsep keadilan dalam Islam.
Dalam Islam, ibu bapa disuruh untuk berlaku adil kepada anak-anak. Rasulullah SAW bersabda:
Adil tidak bermakna sama rata, tetapi mengikut keperluan masing-masing. Contohnya, seorang anak mungkin mendapat lebih perhatian kerana keperluan ekonomi, kesihatan, atau situasi tertentu.
Apa yang boleh dilakukan oleh adik-beradik yang lain?
- Fahami bahawa ibu bapa membuat keputusan berdasarkan sudut pandang mereka yang mungkin berbeza dengan kita. Cuba letakkan diri dalam situasi mereka sebelum merasa kecewa atau marah.
- Islam mengajar kita untuk berbicara dengan hikmah, bukan dengan emosi. Jika merasa kurang dihargai atau diabaikan, berbincang dengan ibu bapa secara tenang, hormat, dan penuh adab. Cadangan ayat: "Ibu/Ayah, saya ingin memahami berkaitan sebab di sebalik keputusan ini. Bolehkah ibu/ayah jelaskan agar saya juga dapat memahaminya dengan lebih baik?"
Apa manfaatnya?
- Membantu memahami sudut pandang ibu bapa.
- Mengelakkan konflik dan salah faham yang boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan.
- Menunjukkan kematangan emosi, yang boleh membuat ibu bapa lebih terbuka dengan kita.
Dalam Islam, kita diajar untuk menghindari perasaan iri hati. Rasulullah SAW bersabda:
Apa yang boleh dilakukan?
- Fokus pada kelebihan dan kasih sayang ibu bapa yang kita peroleh dalam aspek lain.
- Berusaha untuk mencari hikmah di sebalik keputusan mereka.
- Menyedari bahawa setiap individu mempunyai ujian dan rezeki yang berbeza-beza.
Walaupun terasa hati, jangan biarkan hubungan dengan ibu bapa atau adik-beradik menjadi renggang. Islam sangat menekankan silaturahim dan mengelakkan perpecahan. Rasulullah SAW bersabda:
Apa yang boleh dilakukan?
- Tetap berbuat baik kepada ibu bapa walaupun terasa hati.
- Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri hingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
- Jika sukar menerima keputusan mereka, cari sokongan positif lain dan luangkan masa untuk aktiviti yang memberi ketenangan seperti membaca Al-Quran atau beriadah.
1- Allah SWT berfirman:
2- Ringkasnya, diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Abbas R.Anhuma dan ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A dan beberapa sahabat Rasulullah SAW menceritakan bahawa setiap kali isteri Adam melahirkan anak lelaki, seorang bayi perempuan kembar juga dilahirkan.
3- Adam menikahkan anak lelaki dengan pasangan kembar yang lain secara bersilang. Qabil bekerja sebagai peladang, manakala Habil sebagai penternak. Qabil lebih tua dan memiliki adik perempuan kembar yang lebih cantik. Habil ingin menikahi adik perempuan kembar Qabil.
4- Qabil menolak kerana merasakan lebih berhak ke atasnya. Nabi Adam mengarahkan agar Habil menikahi adik perempuan Qabil.
5- Untuk menentukan siapa yang lebih berhak, mereka diperintahkan melakukan korban. Qabil mempersembahkan hasil tanamannya, sementara Habil mempersembahkan ternakan gemuknya. Allah menerima korban Habil.
6- Qabil marah dan merasa tidak puas hati. Dia mengancam untuk membunuh Habil agar dapat menikahi adik perempuannya. Habil menegaskan bahawa Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa. [Jami’ al-Bayan li Ta’wil Ay al-Qur’an, 8/321-322]
7- Daripada kisah Qabil dan Habil, beberapa ibrah yang boleh diambil antaranya:
- Hindari iri dan Hasad Dengki antara adik-beradik
Dalam ayat al-Maidah, ayat 27 di atas, Qabil iri hati kerana Allah menerima korban Habil, bukan kerana kesalahan Habil, tetapi kerana kurangnya ketakwaan dalam dirinya sendiri. Untuk menghindari iri hati, kita perlu meningkatkan ketakwaan, bukan membenci kelebihan orang lain. - Tidak Membalas Kejahatan dengan Kejahatan
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَMaksudnya: “Jika engkau menghulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam." [Surah Al-Maidah, ayat 28]Ayat ini menunjukkan Habil tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana takut kepada Allah. Dalam hubungan adik-beradik, jika berlaku perselisihan, kita perlu bersabar dan menghindari tindak balas yang buruk. - Berdoa Agar Dihindari Hasad dan Diberi Hati yang Bersih
Doa ini penting untuk membersihkan hati dari iri hati dan dendam. Setiap kali timbul rasa cemburu terhadap adik-beradik, bertaubat dan mohon perlindungan Allah. Antara doa yang boleh diamalkan ialah:
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌMaksudnya: Dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang
Umum, syariat Islam menggalakkan ummatnya untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain. Hal ini sangat diberatkan dan diutamakan jika melibatkan ahli keluarga.
Allah SWT berfirman:
Selepas sebut tentang syirik, Allah terus sebut tentang ibubapa. Ini menunjukkan kepentingan berbuat baik kepada ibubapa. Selalu Allah buat begini dan dari segi balaghah, ini adalah amat penting.
Kemudian, Allah SWT menyuruh berbuat baik dengan ahli keluarga seperti bercakap baik dengan mereka, bertanya khabar tentang mereka dan sebagainya. Jika ada masalah, kena tolong mereka. Dan merekalah yang pertama sekali kita kena tolong. Dan tidak sama kalau kita tolong mereka kalau dibandingkan dengan tolong orang lain.
Seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis:
Malangnya, kadang-kadang segelintirnya jika dengan orang lain, mereka boleh berbuat baik, tapi kalau dengan keluarga sendiri kadang-kadang bergaduh sampai tidak mengaku keluarga.
Menjawab persoalan anak lelaki lebih bertanggungjawab soal ibu ayah berbanding adik beradik perempuan, hal ini benar. Apabila masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab terhadap dan komitmen yang perlu dilunaskan. Anak lelaki dan anak perempuan dalam keutamaan tanggungjawab sudah berubah apabila sudah berkahwin.
Seorang lelaki selain daripada bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anaknya, dia juga turut bertanggungjawab keatas ibu dan ayahnya. Hal ini termasuk memberi perhatian, menyara keperluan ibu ayah dan hal berkaitan ubat-ubatan.
Namun, seorang anak perempuan keutamaannya adalah kepada suaminya tanpa memisahkan tanggungjawab umum terhadap ibu bapanya. Namun, dalam urusan pengurusan ibu bapa, menziarah dan sebagainya mestilah dalam pengetahuan dan persetujuan suaminya. Seorang suami juga seharusnya perlu membenarkan bahkan menolong dalam memudahkan urusan ibu dan ayah mertuanya.
Tetapi, secara umumnya Allah SWT memerintahkan untuk semua anak-anak berbuat baik kepada orang tuanya dan ahli keluarganya. Bahkan Rasulullah SW merupakan orang yang paling baik dengan ahli keluarganya.
Daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,
